Isu Letak Jawatan Jika Najib Bebas, Waytha Gesa Nga Kor Ming Tarik Balik Kenyataan & Mohon Maaf Pada Agong

LocalPolitics
14 Jul 2026 • 10:07 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Isu Letak Jawatan Jika Najib Bebas, Waytha Gesa Nga Kor Ming Tarik Balik Kenyataan & Mohon Maaf Pada Agong

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bekas Menteri, P. Waytha Moorthy mempersoal Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming selain menggesanya untuk memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berhubung kenyataannya meletakkan jawatan sekiranya bekas Perdana Menteri, Najib Razak dibebaskan.

Waytha menerusi hantaran di laman Facebook berkata, pemimpin DAP tersebut seolah-olah mempertikaikan integriti badan kehakiman negara dan kuasa pengampunan YDPA di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Menurut laporan media, Nga Kor Ming, telah menyatakan bahawa sekiranya Datuk Seri Najib dibebaskan ‘tanpa menjalani hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan’, maka ia bermaksud integriti badan kehakiman telah dikompromikan dan kedaulatan undang-undang sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara tidak lagi dihormati.

“Beliau turut mengisytiharkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai anggota jemaah menteri sekiranya keadaan sedemikian berlaku,” katanya.

Nga Sepatutnya Tahu Badan Kehakiman Tidak Boleh Dipersoal -Waytha

Tegas Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP) itu, sebagai seorang peguam bela dan peguam cara, Nga sepatutnya mengetahui bahawa integriti badan kehakiman tidak boleh dipersoal.

Pertimbangan Pembebasan Tertuduh Hanya Di Bawah Kuasa YDPA

Tambah beliau, kenyataan Nga adalah tidak wajar kerana seolah-olah mendahului suatu proses perlembagaan yang mungkin tidak akan berlaku.

“Perlembagaan memperuntukkan bahawa pertimbangan tersebut adalah hak dan kuasa mutlak Seri Paduka Baginda YDPA, bukannya anggota jemaah menteri. Justeru, adalah amat tidak wajar bagi seorang Menteri Kabinet untuk memberi gambaran atau mencadangkan lebih awal bahawa kemungkinan pelaksanaan secara sah kuasa perlembagaan tersebut kononnya akan menjejaskan integriti badan kehakiman atau melemahkan kedaulatan undang-undang.”

Kenyataan Dikeluarkan Nga Mampu Kurangkan Keyakinan Rakyat Kepada Perlembagaan Institusi YDPA – Waytha

Apa yang lebih membimbangkan menurut Waytha, kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Nga yang dikatakan selalu merujuk kepada Rukun Negara.

Waytha berkata, janji yang dan kenyataan Nga juga mampu menjejaskan keyakinan rakyat terhadap peranan perlembagaan institusi YDPA.

“Adakah beliau sekadar tersilap memahami kedudukan undang-undang dan perlembagaan, ataupun beliau secara sengaja cuba, melalui ancaman untuk meletakkan jawatan, mempengaruhi atau menghalang pelaksanaan kuasa perlembagaan Agong atas alasan kononnya mempertahankan integriti badan kehakiman?”

Waytha Gesa Nga Kor Ming Buat Permohonan Maaf Terbuka Kepada Agong

Susulan itu, Waytha menggesa Nga untuk menarik balik kenyataan beliau selain mengemukakan permohonan maaf yang jelas, terbuka dan tanpa syarat kepada Paduka Baginda.

Akan Letak Jawatan Sebagai Anggota Jemaah Menteri Jika Najib Dibebaskan Tanpa Hukuman Setimpal – Nga Kor Ming

Sebelum ini, Nga berikrar akan meletakkan jawatan sekiranya Najib dibebaskan daripada penjara tanpa menjalani hukuman setimpal walaupun didapati bersalah berhubung kes yang dihadapinya.

Jelas Nga, jika perkara itu berlaku ia menandakan kewibawaan sistem kehakiman negara telah tergadai dan prinsip kedaulatan undang-undang seperti mana yang termaktub dalam Rukun Negara tidak lagi dihormati.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved