Isu Nabi Kronisme & Nepotisme: Timbalan Mufti Perak Nasihat Hati-hati Keluar Kenyataan

LocalPolitics
17 Mar 2025 • 2:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim menasihati semua umat Islam agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutama sekali berkaitan dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Jelas beliau, ia dikhuatiri memberikan satu gambaran salah terhadap agama Islam yang sebenar sepertimana yang dinyatakan dalam isu tular sejak kebelakangan ini di mana, Nabi Muhammad SAW mengamalkan kronisme dan nepotisme.

Tegasnya,terkandung dalam beberapa hadis Rasulullah SAW bahawa baginda menolak setegas-tegasnya bentuk pelantikan yang bersifat kronisme bahkan tindakan itu adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap ALLAH, Rasul dan orang-orang beriman.

“Penulisan itu difahami seolah-olah merendahkan kedudukan Baginda apabila mendakwa nabi melakukan amalan kronisme dan memberi bayangan ketidakadilan.”

“Amat tidak wajar dan tidak beradab apabila nabi dibandingkan dengan sistem demokrasi barat seolah-olah kepimpinan nabi itu lebih teruk dari mereka.”

“Dalam hadis riwayat al Hakim, nabi mengecam perbuatan melantik seseorang semata-mata kerana sentimen dari kelompok sendiri sedangkan ada orang lain yang lebih layak. Difahami dari hadis berkenaan Rasulullah SAW sangat membenci kronisme dan nepotisme.”

image is not available

Isu ini menjadi sebutan apabila ada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai ‘Ainon Mohd’ membuat hantaran di media sosial berhubung perkara itu sehingga mengundang kecaman ramai pihak.

Dalam hantaran itu, ia menyebut demokrasi barat tidak mengamalkan nepotisme dan kronisme selain mempersoalkan dalam zaman ini, sama ada patut ia diamalkan juga. Mengulas lanjut, Zamri turut menyatakan bahawa berdasarkan beberapa hadis sudah jelas Rasulullah SAW dan para sahabat menyedari kesalahan kronisme serta nepotisme.

“Tidak sepatutnya bagi seorang Muslim menuduh Baginda mengamalkan sesuatu yang jelas bertentangan dengan prinsip sendiri.”

Jelasnya, jika dilihat sejarah nabi, pelantikan khalifah berlaku selepas kewafatan Baginda oleh umat Islam berdasarkan kompetensi mereka.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.