SPRM, AG perlu maklum tindakan terkini dakwaan penyelewengan RM1.1 bilion

LocalPolitics
25 Oct 2026 • 10:48 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: SPRM, AG perlu maklum tindakan terkini dakwaan penyelewengan RM1.1 bilion

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara (AG) perlu memaklumkan kepada umum hasil siasatan serta kebarangkalian tindakan undang-undang dalam dakwaan penyelewengan pelaburan bernilai RM1.1 bilion membabitkan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Wakil Sekretariat Bangkit Nasional, Khairul Azam Abdul Hamid berkata, ketika ini, rakyat masih menantikan perkembangan kes penyelewengan itu berikutan ia melibatkan penggunaan dana awam yang besar.

Katanya, semua pihak terutama rakyat seharusnya mempunyai ruang untuk mengetahui kebenaran kes berkenaan yang turut mendapat liputan luas media antarabangsa.

“Sudah hampir sembilan bulan siasatan ke atas kes tersebut dijalankan dan kami mendengar pelbagai dakwaan oleh pelbagai pihak.

“Namun, sehingga hari ini, pihak berkuasa seperti SPRM dan pejabat AG belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai tindakan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, SPRM mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan sebuah kementerian daripada gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Rafizi telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan projek dalam urusan pelaburan antara Kementerian Ekonomi semasa diterajui beliau,l dengan syarikat ARM Limited UK (ARM) dalam perjanjian strategik industri semikonduktor.

Mengulas lanjut, Khairul Azam berharap tindakan serta-merta dapat dilaksanakan SPRM dan pejabat AG bagi membolehkan rakyat mengetahui status terkini siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post SPRM, AG perlu maklum tindakan terkini dakwaan penyelewengan RM1.1 bilion appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved