Kerajaan Negeri Selangor melalui YAWAS kini membuka permohonan baharu Skim Mesra bagi kategori Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang memenuhi syarat kelayakan dan permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://mesra.yawas.com.my/.
Dengan mendaftar skim ini, setiap ahli skim ini akan menerima dua (2) jenis manfaat iaitu baucar beli-belah RM150 setiap tahun dan juga khairat kematian bernilai RM 500.
Rujuk info lebih lanjut mengenai skim ini di bawah.

Apakah Itu Skim Mesra?
Skim Mesra merupakan salah satu program di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Ia merupakan program yang telah dijenamakan semula dari program Skim Mesra Usia Emas.
Ini lanjutan daripada pelaksanaan sebelum ini dimana nama Skim Mesra Usia Emas sering disifatkan sebagai program untuk golongan warga emas sahaja walaupun pada hakikatnya program ini turut dibuka untuk golongan OKU juga.
Oleh yang demikian, nama Skim Mesra kini menjadi nama utama bagi program ini, dan di bawah Skim Mesra, terdapat dua (2) program iaitu Skim Mesra Usia Emas dan Skim Mesra Insan Istimewa yang menyasarkan dua (2) kategori golongan berbeza.
Skim Mesra Usia Emas menyasarkan golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas, dan Skim Mesra Insan Istimewa akan dikhaskan untuk golongan OKU sahaja.
Setiap pemohon yang telah lulus pendaftaran Skim Mesra Usia Emas atau Skim Mesra Insan Istimewa akan dikira sebagai ahli Skim Mesra.

Setiap ahli Skim Mesra layak untuk menerima dua (2) jenis manfaat iaitu manfaat semasa hidup dan manfaat selepas kematian.
Manfaat semasa hidup ialah pemberian baucar beli-belah bernilai RM 150 yang akan diberikan setiap tahun selagi ahli Skim Mesra masih hidup.
Manfaat selepas kematian pula ialah bantuan khairat kematian bernilai RM 500 yang akan diberikan kepada pewaris berdaftar dimana tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli Skim Mesra.
Manfaat Skim Mesra
Bermula 1 Januari 2021, setiap permohonan yang berjaya, ahli SMUE akan menerima dua (2) jenis manfaat di bawah program ini. Manfaat tersebut adalah seperti berikut:
1. Baucar Beli-Belah Jom Shopping RM 150 (Manfaat Semasa Hidup)
- Baucar RM 150 diberikan setiap tahun semasa ahli masih hidup
- Baucar boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar
- Baucar hanya boleh dituntut semasa ahli masih hidup sahaja.
- Tuntutan baucar selepas kematian adalah tidak DIBENARKAN.
- Baucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja
- Baucar hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat
- Baucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti.
- Ahli diminta untuk sentiasa kemaskini maklumat nombor telefon bagi mengelakkan terlepas sebarang info

2. Khairat Kematian RM500 (Manfaat Selepas Kematian)
- Manfaat Khairat Kematian SKIM MESRA kini akan diselaraskan di bawah Inisiatif Baharu iaitu Khairat Darul Ehsan (KDE).
- Untuk Permohonan dan Semakan Lanjut boleh ke Laman Sesawang KDE di https://kde.yawas.com.my/
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 17 September 2026 (Khamis) sehingga kuota 50,000 pendaftaran dipenuhi atau 31 Disember 2026.
Syarat Permohonan
Berikut ialah syarat-syarat permohonan skim ini:
i- Kategori Warga Emas (60 tahun dan ke atas)
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Pengundi berdaftar di Negeri Selangor dan menetap di Selangor.
ii- Kategori Orang Kurang Upaya (OKU)
- Warganegara Malaysia.
- Pemegang Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
- Tiada had umur.
- Pemohon berumur 19 tahun dan ke atas: Mestilah pengundi berdaftar di Negeri Selangor dan menetap di Selangor.
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke bawah: Ibu bapa atau penjaga mestilah pengundi berdaftar di Negeri Selangor dan menetap di Selangor.

Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://mesra.yawas.com.my/. Pemohon yang diluluskan akan mula menerima manfaat baucar Jom Shopping pada tahun 2027.
- Layari portal rasmi di https://mesra.yawas.com.my atau terus klik Mohon Disini
- Masukkan no kad pengenalan untuk semakan kelayakan.
- Teruskan dengan memuat naik screenshot SPR bagi memastikan anda memenuhi syarat pengundi berdaftar di Negeri Selangor dan menetap di Selangor.

Pendaftaran Skim Mesra
Untuk membuat pendaftaran Skim Mesra pula, anda boleh rujuk cara-caranya di bawah mengikut kategori.
1. Warga Emas 60 Tahun ke Atas
Langkah 1: Semakan Kelayakan – Layari portal rasmi mesra.yawas.com.my semak baki kuota dan masukkan No. Kad Pengenalan.
Langkah 2: Semakan SPR– Buka pautan semakan SPR, tangkap layar keputusan semakan DUN Selangor dan muat naik ke dalam sistem.
Langkah 3: Notis PDPA – Baca senarai dokumen yang diperlukan serta beri persetujuan pada Notis Perlindungan Data Peribadi (PDPA).
Langkah 4: Borang Pemohon – Isi maklumat peribadi, alamat, pekerjaan/pendapatan, serta muat naik dokumen pemohon.
Langkah 5: Khairat Darul Ehsan – Pilih untuk kemaskini permohonan Program Khairat Darul Ehsan (KDE) bernilai RM1,000.
Langkah 6: Maklumat Pewaris – Isi borang maklumat pewaris dan muat naik dokumen sokongan pewaris (jika memohon KDE).
Langkah 7: Kaji Selidik – Lengkapkan borang penilaian kepuasan pelanggan dan maklum balas.
Langkah 8: Pengesahan & Hantar – Semak semula semua maklumat, sahkan pengakuan, dan terima notifikasi emel rasmi penerimaan permohonan.

2. Kategori OKU (19 Tahun dan ke atas)
Langkah 1: Layari Portal Rasmi – Semak kelayakan No. MyKad
Langkah 2: Muat Naik Tangkap Layar SPR
Langkah 3: Bersetuju Notis PDPA
Langkah 4: Isi Maklumat Peribadi & Muat Naik Dokumen
Langkah 5: Pilih Penetapan KDE
Langkah 6: Isi Maklumat Pewaris & Dokumen (Jika setuju KDE)
Langkah 7: Lengkapkan Borang Kaji Selidik
Langkah 8: Sahkan & Tekan Simpan Permohonan

2. Kategori OKU (18 Tahun dan ke bawah)
Langkah 1: Semak kelayakan dan kuota tahun semasa.
Langkah 2: Semak status MySPR ibu bapa/penjaga dan muat naik tangkap layar.
Langkah 3: Setuju notis PDPA 2010.
Langkah 4: Isi dan muat naik dokumen pemohon.
Langkah 5: Isi dan muat naik dokumen penjaga.
Langkah 6: Setuju pendaftaran KDE.
Langkah 7: Isi borang kaji selidik.
Langkah 8: Hantar permohonan & terima emel pengesahan.

Kaedah Tuntutan Baucar
Tuntutan hanya boleh dibuat oleh ahli berdaftar yang layak (sama ada untuk Skim Mesra Usia Emas – SMUE atau Skim Mesra Insan Istimewa – SMIS) di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN masing-masing mengikut tarikh fasa kelahiran dan tempoh yang telah ditetapkan setiap tahun.

Cara Tuntut Baucar Skim Mesra
- Penerima perlu hadir sendiri dan membawa Kad Pengenalan asal (salinan tidak dibenarkan) ke PKM DUN untuk ambil baucar.
- Pastikan permohonan telah diluluskan dan semakan boleh dibuat di laman semakan atau portal rasmi e-mesra.
- Baucar hanya boleh diambil oleh penerima semasa hidup dan tidak boleh dituntut selepas kematian.
- Baucar boleh digunakan di pasar raya yang telah ditetapkan dan sah untuk tempoh 3 bulan dari tarikh tuntutan.
Tempoh Sah Laku Baucar
Tempoh sah laku Baucar Skim Mesra adalah selama 3 bulan atau 90 hari dari tarikh baucar diambil oleh penerima di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN masing-masing.
Baucar perlu dibelanjakan dalam tempoh ini di pasar raya yang telah ditetapkan. Sekiranya tidak digunakan dalam masa 3 bulan, baucar tersebut tidak boleh diganti atau ditebus untuk tahun berikutnya.
Selain baucar bernilai RM150 setahun, ahli juga layak kepada manfaat khairat kematian yang kini diselaraskan di bawah Inisiatif Khairat Darul Ehsan (KDE).
Tuntutan khairat hendaklah dibuat oleh waris dalam tempoh 3 bulan, lengkap bersama dokumen yang diperlukan (sijil kematian, kad pengenalan pewaris, penyata bank, borang tuntutan berkaitan).
Cara Tuntutan Khairat Kematian
Untuk membuat tuntutan khairat kematian, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Waris hendaklah membuat tuntutan secara atas talian menerusi aplikasi YAWAS dan laman sesawang kde.yawas.com.my.
- Waris merupakan nama berdaftar di dalam sistem Khairat Darul Ehsan.
- Manfaat Khairat Darul Ehsan tertakluk pada tarikh kematian.
- Tempoh masa tuntutan khairat kematian adalah 3 bulan dari Tarikh kematian.
- Tuntutan melewati tarikh yang ditetapkan dikira TIDAK LAYAK.
- Pembayaran akan dibuat terus ke akaun waris yang berdaftar.
Dokumen sokongan yang diperlukan:
- Salinan Kad Pengenalan Pewaris
- Salinan Muka Depan Akaun Bank Waris
- Salinan Sijil Kematian Ahli
Soalan Lazim
Siapakah yang layak memohon Skim Mesra ini?Warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas, tinggal dan mengundi di Selangor serta masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (khairat kematian boleh dimohon 6 bulan dari tarikh kematian) dan OKU.
Setiap ahli layak dapat baucar beli-belah RM150 setahun di kedai terpilih dan bantuan khairat kematian RM500 kepada waris, boleh dituntut dalam masa 6 bulan selepas kematian.
Di manakah saya hendak tuntut baucar skim ini?Baucar mesti dituntut sendiri oleh penerima di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN dengan membawa MyKad asal dan tidak boleh diwakilkan atau dituntut selepas kematian.
Berapa lama tempoh sah baucar?Baucar sah digunakan selama 3 bulan dari tarikh tuntutan dan perlu dibelanjakan di pasar raya yang telah disenaraikan oleh YAWAS. Jika tamat tempoh, baucar tidak boleh diganti.
Adakah khairat kematian skim ini boleh dituntut oleh waris?Ya, hanya waris terdekat (suami/isteri, anak, cucu) yang sah serta mesti kemukakan dokumen pengesahan hubungan untuk tuntutan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.
Berapa kali baucar diberi setiap tahun?Baucar hanya diberi sekali setahun, mengikut fasa kelahiran ahli berdaftar yang layak.
Di mana senarai kedai sah SMUE?Senarai kedai atau pasar raya sah boleh didapati di PKM DUN atau laman web rasmi SMUE/YAWAS.
Adakah permohonan baharu SMUE dibuka setiap tahun?Permohonan baharu biasanya dibuka secara berfasa mengikut pengumuman negeri dan boleh disemak di portal rasmi program.
Apakah dokumen perlu dibawa semasa tuntutan baucar?Untuk baucar: MyKad asal pemohon. Untuk khairat kematian: sijil kematian, kad pengenalan waris, dokumen sokongan hubungan (sijil lahir, sijil nikah), penyata bank waris.
Tekan pautan semakan SPR dalam sistem, masukkan No. KP, dan ambil screenshot keputusan yang memaparkan DUN Selangor untuk dimuat naik.
Apakah faedah Khairat Darul Ehsan (KDE)?Menyediakan bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000 kepada pewaris yang berdaftar.
Bagaimana memastikan permohonan berjaya dihantar?Pemohon akan menerima Notifikasi Emel rasmi daripada YAWAS sebaik sahaja butang simpan ditekan.
Siapa boleh dihubungi untuk bantuan?Boleh menghubungi Hotline YAWAS di 03-5481 8800 atau hadir ke Pejabat Pusat Khidmat DUN berdekatan.
Adakah permohonan percuma?Ya, percuma di portal YAWAS.
Apakah format & saiz dokumen yang diperlukan?PNG, JPG, JPEG, atau PDF (<5MB).
Apa itu KDE?Manfaat khairat kematian sebanyak RM1,000 yang mendaftarkan maklumat penjaga secara automatik sebagai pewaris.
Mengapa perlu guna MySPR penjaga?Kerana pemohon di bawah 18 tahun belum boleh mengundi, jadi kelayakan bergantung pada status pengundi penjaga di Selangor.
Gambar telefon boleh guna?Boleh, janji jelas, tidak kabur dan saiz fail di bawah 5MB.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut atau bantuan pendaftaran, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline YAWAS di 03-5481 8800 atau menghantar emel rasmi ke pertanyaan ke alamat pertanyaan.yawas@gmail.com.
Baca juga: Selangor Cuti 25 Oktober 2026 Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor






