Isu roboh kuil di Perlis, DAP gesa MB beri penjelasan -“Mengapa Mufti yang tampil menjawab”

LocalPolitics
22 Aug 2026 • 12:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang senator DAP mempersoalkan tindakan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang tampil memberikan penjelasan berhubung isu perobohan Kuil Veeramakaliamman di Bukit Lagi, Kangar, sedangkan perkara itu membabitkan tindakan kerajaan negeri.

Kenapa Mufti yang tampil menjawab?

Menerusi kenyataan di Facebook, Ahli Dewan Negara, Dr RA Lingeshwaran menyatakan, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli sepatutnya tampil menjelaskan keputusan dan tindakan kerajaan negeri berhubung perobohan kuil berkenaan.

Menurutnya, penjelasan daripada pihak yang bertanggungjawab penting bagi memastikan persoalan yang timbul dalam kalangan masyarakat, khususnya penganut Hindu, dapat dijawab secara jelas dan terbuka.

“Persoalannya, mengapa Mufti yang tampil menjawab mengenai isu ini? Mengapa Menteri Besar Perlis tidak tampil memberikan penjelasan?
“Ini adalah keputusan dan tindakan kerajaan negeri, maka rakyat berhak mengetahui siapa yang membuat keputusan serta atas dasar apa tindakan itu diambil,” soalnya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Lingeshwaran menegaskan, isu rumah ibadat tidak seharusnya dilihat semata-mata daripada sudut agama, sebaliknya perlu ditangani berdasarkan undang-undang, proses pentadbiran dan prinsip keadilan kepada semua masyarakat.

Beliau turut menegaskan kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab menjelaskan perkara itu bagi mengelakkan persepsi wujudnya layanan berbeza terhadap rumah ibadat bukan Islam.

“Apabila melibatkan isu yang sensitif seperti rumah ibadat, penjelasan daripada pihak yang mempunyai kuasa membuat keputusan adalah lebih wajar dan diperlukan.
“Jangan biarkan rakyat tertanya-tanya atau membuat kesimpulan sendiri mengenai siapa yang bertanggungjawab,” tegasnya lagi.

Image from: Isu roboh kuil di Perlis, DAP gesa MB beri penjelasan -“Mengapa Mufti yang tampil menjawab”

MB Perlis perlu tampil dan jawab

Tambah beliau, kerajaan negeri juga perlu menjelaskan status tanah, proses kelulusan serta asas undang-undang yang digunakan sebelum tindakan perobohan dilakukan.

Menurutnya, ketelusan dalam perkara itu penting supaya keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negeri dan prinsip kesamarataan dapat dipelihara.

“MB Perlis perlu tampil dan jawab. Ini bukan sekadar soal kuil, tetapi soal tadbir urus, akauntabiliti dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” katanya.

Image from: Isu roboh kuil di Perlis, DAP gesa MB beri penjelasan -“Mengapa Mufti yang tampil menjawab”

Sumber: Facebook Lingesh RA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved