Isu Skrin Samsung Galaxy S26 Ultra Menjadi Merah Akan Diselesaikan Dengan Kemas Kini

TechnologyDigital
20 Jul 2026 • 9:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Isu Skrin Samsung Galaxy S26 Ultra Menjadi Merah Akan Diselesaikan Dengan Kemas Kini

Minggu lalu sebilangan kecil pemilik Samsung Galaxy S26 Ultra melaporkan skrin memaparkan tompok merah dalam situasi tertentu. Isu hanya dilaporkan pemilik Ultra memberikan petunjuk ia mungkin mempunyai kaitan dengan teknologi Privacy Display yang digunakan pada peranti ini.

Image from: Isu Skrin Samsung Galaxy S26 Ultra Menjadi Merah Akan Diselesaikan Dengan Kemas Kini

Samsung Korea telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka menyedari akan isu yang melanda pembeli Galaxy S26 Ultra. Mereka mengatakan ia bukan isu burn in yang menghantui panel OLED tetapi sebaliknya adalah isu pada perisian. Ia mempunyai kaitan dengan sensor mengesan tahap cahaya persekitaran menyebabkan panel nampak kemerahan. Isu boleh diselesaikan menerusi kemas kini perisian yang agak diberikan nanti.

Tiada tarikh bila kemas kini ini akan diterima oleh pemilik. Samsung kerap memberikan kemas kini sebulan sekali yang adalah lebih pantas berbanding pengeluar lain termasuk Google. Setakat ini kami belum lagi melihat isu ini dibangkitkan pemilik Galaxy S26 Ultra di Malaysia.

Sumber – New1.kr

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved