Isu tak kenal Dolla, SMDX mohon maaf – “Elle memang betul2 tak kenal”

Entertainment
24 May 2024 • 9:53 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

SMDX mohon maaf kepada peminat Dolla susulan salah seorang daripada ahlinya iaitu Elle yang mendakwa dia tidak mengenali kumpulan popular itu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram lagilagiboom yang memuat naik semula InstaStory kumpulan SMDX, mereka menegaskan Elle sememangnya tidak mengenali Dolla.

Isu tak kenal Dolla, SMDX mohon maaf

image is not available

“Kami mahu meminta maaf kepada iDolla yang tersinggung dengan kenyataan daripada Elle. Tapi Elle betul-betul tidak mengenali Dolla,” kata kumpulan itu.

Dalam pada itu, ahli kumpulan SMDX yang lain juga berusaha untuk memperkenalkan Dolla kepada Elle kerana rasa hormat mereka terhadap kumpulan popular itu.

SMDX mohon maaf

image is not available

“Tapi kami sudah memperkenalkan Dolla kepada Elle kerana sememangnya kami yang lain sangat hormat kepada Dolla kerana mereka adalah senior dalam industri ini.

“Kami masih belajar, semoga kami diberikan peluang untuk terus berkarya,” jelas mereka.

Terdahulu, SMDX menerima kecaman ramai selepas anggotanya Elle mengeluarkan kenyataan tidak mengenali Dolla menerusi satu siaran langsung.

Tangkap layar siaran langsung itu kemudian dimuat naik semula di media sosial sehingga gadis itu menerima kecaman daripada peminat-peminat Dolla.

Selepas tular video tersebut, SMDX kemudian ditegur oleh komposer Julfekar yang beranggapan Elle kelihatan sedikit bongkak dan kasar ketika menjawab soalan netizen semasa siaran langsung itu.

image is not available

Menurut Julfekar, sikap gadis itu bukan sahaja memburukkan nama SMDX yang baru sahaja dikenali ramai namun turut memalukan orang Sabah.

Sementara itu, pihak pengurusan SMDX iaitu XIOKK Entertainment juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan beberapa isu berkenaan kumpulan itu.

image is not available

Pihak pengurusan SMDX memohon maaf bagi pihak Elle namun mereka tidak akan sekali-kali menerima kecaman berbaur pembulian yang memalukan artis mereka.

“Kami terpaksa membuang komen-komen yang mengandungi sentimen sebegitu. Kami di sini, cuma ingin belajar dan berkarya,” kata syarikat itu.

Tambah mereka, tiada isu plagiat dalam pembikinan semula lagu Original Sabahan kerana mereka sudah membuat perjanjian bersama syarikat penerbit komposer lagu itu, Rusa Marketing.

image is not available

Syarikat itu juga memohon maaf atas pakaian yang digunakan dalam rakaman video tersebut disamping menerima semua teguran daripada orang ramai.

“Kami juga memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan pemilihan pemakaian kami. Kami mengaku, banyak lagi yang kami boleh baiki.

“Kami mengambil semua kritikan dan dengan izin tuhan, kami akan perbaiki lagi di masa hadapan,” ujar syarikat itu.

Sumber: Instagram lagilagiboom & xiokk.my