Kumpulan SMDX Mohon Maaf Pada iDolla – “Elle Benar-Benar Tidak kenal Siapa Dolla”

24 May 2024 • 8:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kumpulan nyanyian SMDX semalam tampil memohon maaf kepada peminat Dolla mengenai tindakan salah seorang ahli mereka iaitu Elle yang mendakwa tidak mengenali siapakah ‘girl group’ popular itu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, SMDX membuat permohonan maaf dan menjelaskan bahawa Elle sememangnya tidak mengenali siapakah Dolla.

Kami mahu meminta maaf kepada iDolla’s yang tersinggung dengan kenyataan El. Tetapi Elle benar-benar tidak kenal siapa Dolla.

Tambah SMDX lagi, mereka sangat menghormati Dolla sebagai senior dalam industri dan mengambil perkara itu sebagai pengajaran.

Kami sudah kasi ajar sama dia sebab memang kami yang lain sangat hormat kepada Dolla yang merupakan senior kita dalam industri ini.

Kami masih belajar, moga diberi peluang untuk terus berkarya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Maybe Diorang Tak Tahu Pakaian Moden, Peduli Apa?" - Kumpulan SMDX Dikecam Ada 'Attitude Problem', Bongkak Jawab Soalan Peminat