MEX-CXS meterai kerjasama strategik bangunkan AI, analitik data

Business & Finance
22 Sep 2026 • 2:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: MEX-CXS meterai kerjasama strategik bangunkan AI, analitik data
Said Harull Nizam (tiga dari kiri) dan Johnathan JS (empat dari kanan) menunjukkan dokumen usaha sama yang dimeterai.
Image from: MEX-CXS meterai kerjasama strategik bangunkan AI, analitik data
Said Harull Nizam (kiri) dan Johnathan JS menandatangi dokumen pemeteraian usaha sama.
Image from: MEX-CXS meterai kerjasama strategik bangunkan AI, analitik data
Said Harull Nizam (kiri) dan Johnathan JS bertukar dokumen pemeteraian usaha sama.

MARA Excellent Ventures Sdn Bhd (MEX) bekerjasama dengan CXS Analytics Sdn Bhd (CXS) bagi memperluas penerapan kecerdasan buatan (AI), analitik data dan penyelesaian pembangunan modal insan.

Kerjasama strategik tersebut dimeterai menerusi usaha sama menggabungkan kekuatan rangkaian dan keupayaan pelaksanaan anak syarikat MARA Corporation Sdn Bhd tersebut dengan kepakaran teknologi, analitik serta AI dimiliki CXS.

Perkembangan tersebut, sekali gus membuka ruang kepada pembangunan penyelesaian yang boleh memberi nilai tambah kepada ekosistem MARA, di samping diperluaskan kepada sektor awam, korporat dan organisasi lain.

Antara potensi yang boleh diteroka termasuk penggunaan AI dan analitik bagi pembangunan bakat serta kompetensi, pemadanan latihan dengan keperluan sebenar tenaga kerja, peningkatan produktiviti organisasi selain penyediaan kecerdasan bagi menyokong keputusan pengurusan lebih pantas berasaskan data.

Ketua Pegawai Operasi MEX, Said Harull Nizam berkata, kerjasama tersebut selari dengan usaha MEX untuk memperkukuh keupayaan syarikat dalam menyediakan penyelesaian yang relevan dengan perubahan teknologi dan keperluan organisasi masa kini.

"Kerjasama ini bukan sekadar membuka peluang perniagaan baharu kepada MEX, malah memberi ruang kepada kami meneroka bagaimana AI dan analitik boleh dimanfaatkan untuk menyokong pembangunan modal insan, meningkatkan keupayaan organisasi serta memberi nilai tambah kepada ekosistem MARA.

"Keupayaan ini kemudiannya boleh diperluaskan kepada pasaran yang lebih luas,” katanya dalam kenyataan.

**media[3655232]**

Sementara itu, Pengarah Eksekutif CXS, Johnathan JS berkata, kerjasama dengan MEX menyediakan platform strategik untuk membawa teknologi dan kepakaran CXS ke skala yang lebih besar.

"AI seharusnya bukan sekadar teknologi, tetapi menjadi alat untuk membantu organisasi memahami bakat, mengenal pasti jurang kompetensi dan membuat keputusan yang lebih tepat.

"Bersama MEX, kami melihat peluang untuk membawa keupayaan ini kepada ekosistem MARA dan seterusnya kepada organisasi lain yang sedang melalui transformasi digital serta tenaga kerja,” katanya.

**media[3655237]**

Melalui usaha tersebut, MEX dan CXS akan meneroka peluang dalam bidang AI, analitik data, pengurusan bakat kompetensi, pembangunan tenaga kerja serta transformasi digital, termasuk pembangunan penyelesaian yang disesuaikan mengikut keperluan organisasi.

CXS merupakan syarikat teknologi dan analitik modal insan yang membangunkan penyelesaian berasaskan data, AI dengan pengalaman menyokong ekosistem pembangunan bakat serta kerjaya melibatkan lebih 300,000 pengguna.

Kerjasama tersebut turut meletakkan MEX dalam kedudukan untuk memperluas peranannya sebagai rakan strategik penyelesaian teknologi dan modal insan, dengan potensi untuk menyokong agenda transformasi dalam ekosistem MARA serta membawa penyelesaian tersebut ke pasaran yang lebih luas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved