Isytihar darurat jika IPU lebih 400

LocalEnvironment
5 Sep 2026 • 1:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isytihar darurat jika IPU lebih 400

HULU TERENGGANU – Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengisytiharkan darurat di kawasan lain selain Serian, Sarawak sekiranya indeks pencemaran udara (IPU ) lokasi berkenaan direkodkan melebihi 400 atau berbahaya.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, setakat ini, tiga stesen IPU sedang mencatatkan IPU sangat tidak sihat iaitu Kuching, Samarahan dan Sri Aman, Sarawak.

“Kita akan sentiasa memantau keadaan mengikut SOP (prosedur operasi standard).

“Sekiranya indeks pencemaran udara (IPU) merekodkan 400 ke atas, ia dikira sangat berbahaya dan boleh mempertimbangkan darurat,” katanya selepas merasmikan program Kampung Madani Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Basong, di sini, hari ini.

Kelmarin, darurat telah diisytiharkan di Serian atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ekoran kawasan itu mencatatkan bacaan IPU 500.

Arthur berkata, sepanjang tempoh darurat jerebu, semua sekolah ditutup, pekerja bekerja di rumah dan orang ramai tidak digalakkan keluar rumah kecuali memakai pelitup muka.

Beliau berkata, berdasarkan pemantauan, kawasan selatan Sarawak termasuk Serian telah merekodkan bacaaan IPU berbahaya secara konsisten dalam tempoh hampir seminggu ini.

Dalam perkembangan sama, Arthur berkata, sebaik Serian diisytiharkan darurat kelmarin, kerja-kerja pembenihan awan terus digiatkan di selatan Sarawak. – KOSMO! ONLINE

The post Isytihar darurat jika IPU lebih 400 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved