Malaysia tawar percuma mySimex pantau pergerakan jerebu ASEAN

LocalEnvironment
5 Sep 2026 • 2:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Malaysia tawar percuma mySimex pantau pergerakan jerebu ASEAN

HULU TERENGGANU – Kerajaan menawarkan sistem baharu, mySimex secara percuma kepada negara-negara Asia Tenggara bagi meningkatkan lagi pemantauan pergerakan udara jerebu di rantau ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, penggunaan sistem kendalian Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) itu ditawarkan sewaktu beliau
mesyuarat rentas jerebu yang dipengerusikan Indonesia baru-baru ini.

“Saya bawa Met Malaysia perkenal sistem baharu, MySimex untuk kita meningkatkan pemantauan di seluruh rantau Asia Tenggara.

“Pemakaian sistem tersebut kita kongsi secara percuma untuk pantau pergerakan udara berkaitan jerebu di rantau ini,” katanya selepas merasmikan program Kampung Madani Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Basong, di sini, hari ini.

Arthur berkata, kerajaan berpendirian gangguan jerebu merupakan isu serantau yang patut dikongsi bersama negara-negara rantau ASEAN.

Dalam mesyuarat sama, beliau turut menawarkan kepakaran dan aset kepada kerajaan Indonesia untuk membantu proses pemadaman kebakaran hutan yang sedang berlaku di negara tersebut terutama Kalimantan.

“Setakat ini, kerajaan Indonesia masih belum membuat permintaaan rasmi untuk menerima bantuan ditawarkan tersebut.

“Apa pun, kita telah menerima kebenaran bertulis untuk memasuki ruang udara Indonesia bagi membuat pembenihan awan di selatan Sarawak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Malaysia tawar percuma mySimex pantau pergerakan jerebu ASEAN appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved