“Itu Privasi Saya” – Anak Luah Rasa Tak Selesa Tidur Sebilik Dengan Ibu Undang Kecaman

LocalFamily & Parenting
5 Jun 2025 • 3:02 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jika ditanya kepada mana-mana individu yang bergelar ibu bapa, majoritinya akan meletakkan anak sebagai perkara utama dalam kehidupan.

Oleh sebab itulah, ramai yang sanggup bekerja keras asalkan keperluan cahaya mata tersayang dipenuhi agar mereka dapat menjalani kehidupan yang selesa.

Malah, ada yang cuba mencari masa mencipta momen bersama anak dengan cara mereka tersendiri.

Hakikatnya, membesarkan anak bukanlah satu perkara mudah apatah lagi setiap anak mempunyai sikap dan perangai yang berbeza.

Anak Luah Rasa Tak Selesa Bila Ibu Tidur Sebilik, Anggap Ia Privasi

Baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang individu yang merupakan seorang anak tentang ibunya.

Menerusi luahan yang dibuat di Threads, individu berkenaan meluahkan rasa tidak selesa apabila terpaksa berkongsi dan tidur sebilik dengan wanita itu.

“Kadang tak faham dengan apa ibu bapa saya nak? Semalam ibu saya tidurla sebilik dengan saya dan saya jenis tak selesa tahu nak kongsi bilik dengan orang.

“Memang tak suka sebab saya rasa itu adalah privasi saya,” tulisnya.

Keluar & Pergi Bilik Lain Namun Bapa Pula Suruh Tidur Di Bilik Sendiri

Dek kerana tidak selesa dengan keadaan sebegitu, dia memilih untuk keluar dan tidur di bilik lain.

Namun luah individu berkenaan, bapanya kemudian datang dan meminta dia tidur semula ke biliknya sendiri.

Malah, si bapa juga menjelaskan akan meminta si ibu yang merupakan isterinya berpindah ke bilik mereka.

Mendengar arahan tegas si bapa, individu tersebut akur masuk ke biliknya malah ibunya pula masuk semula ke bilik mereka.

Semua Adik-Adik Tidur Di Bilik Ibu Bapa

Jelas individu lagi, si ibu memilih untuk tidur di dalam biliknya kerana kesemua adik-beradiknya telah tidur di bilik ibu bapa mereka.

Namun, dia mempersoalkan mengapa ibunya mahu menyusahkan diri dan seolah-olah dia yang menjadi punca keadaan itu berlaku.

“Tapi point saya kenapa nak kena menyusahkan diri dan akhirnya salahkan saya macam saya ni punca?

“Sebenarnya, emak saya tidur di bilik saya kerana sempit semua adik saya nak tidur di bilik ibu bapa saya.

“Saya tahu yang saya tunjuk tak suka tapi saya keluar (bilik) dan tak kacau siapa-siapa pun, duduk je dalam bilik saya kalau dia (ibu) nak.

“Saya tak de halau atau apa-apa, faham tak? Saya okay je kenapa nak susahkan diri lepas tu nak play victim. For real?” tulisnya lagi.

Malah, dia turut meminta pendapat orang ramai mengenai kejadian itu memandangkan dia sendiri tidak suka dengan keadaan sedemikian.

Ramai Geram Dengan Luahan Anak, Anggap Tak Hormat Ibu

Luahan yang telah mendapat lebih 558,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan balasan, ramai yang geram dan mengecam sebaik membaca luahan individu terbabit.

Bagi mereka, tiada salahnya seorang ibu yang melahirkan anak menumpang bilik untuk tidur.

Malah, ada yang meluahkan rasa sedih dan berharap mereka berpeluang untuk tidur bersama ibu mereka.

Namun, ada yang memahami mesej sebenar yang cuba disampaikan oleh individu berkenaan apatah lagi ada yang mempersoal keadaan sebenar kediamannya serta bilangan penghuni.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Kalau Anak Perempuan Saya Tulis Ini, Kecil Sangat Hati Mak Cik Dik. Itu Emak Awak, Sebagai Orang Yang Dah Kehilangan Emak, Saya Akan Buka Pintu Luas-Luas Untuk Dia, Peluk & Biar Dia Tidur Sebelah”

image is not available

“Sebagai Ibu, Saya Rasa Sedih Kalau Anak Perempuan Saya Tulis Macam Ini, Kalau Bersempit, Saya Percaya Awak Tak Lahir Dari Keluarga Senang Tapi Saya Sendiri Lahir Dalam Keluarga Yang Susah Tapi Saya Tak Rebel & Hargai Sekecil-Kecil Keselesaan Yang Ibu Bapa Bagi”

image is not available

“I Jenis Tak Selesa Tahu Kalau Share Bilik Dengan Orang” Awak Okay Tak? Itu Mak Tahu”

image is not available

“Janganla Kecam Dia, Dia Luahkan Untuk Mohon Nasihat”

image is not available

“Sedih Jadi Mak, Nak Tumpang Tidur Selesa Sikit Dekat Bilik Anak, Anak Pula Tak Suka Sampai Keluar Bilik, Sedih Baca”

image is not available

“Kalau Nak Privasi Sangat, Keluar Dari Rumah Tu, Sewa Rumah Sendiri, Rasa Betapa Peritnya Kehidupan Bila Ada Komitmen”

image is not available

Source: