Usahawan Berhabis RM1 Juta Hadiahkan Barang Mewah Termasuk Kereta Sempena Hari Jadi Anak [Video]

3 Jun 2025 • 5:27 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap ibu bapa pastinya mahu memberi yang terbaik dan membahagiakan anak tersayang.

Masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam menzahirkan rasa sayang lebih-lebih lagi ketika hari istimewa seperti hari kelahiran mereka.

Ada yang menyambutnya dengan cara menikmati makan besar di restoran terkemuka namun ada juga yang memberi hadiah mewah kepada si anak.

Usahawan Berhabis RM1 Juta, Hadiahkan Barangan Mewah Termasuk Toyota Vellfire

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang usahawan wanita dikenali sebagai Cik Na membelanjakan RM1 juta ringgit demi menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuannya yang berusia 11 tahun.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @farhanazahra91, kelihatan usahawan produk susu dan kopi itu meraikan ulang tahun kelahiran anak kesayangannya itu menerusi satu penganjuran majlis hari jadi di kediamannya.

Apa yang menjadi perhatian adalah hadiah yang diberikan kepada anak perempuan yang digelar sebagai Yaya betul-betul mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak, si cilik itu menerima hadiah berupa komputer dari jenama Apple serta jam tangan mewah dari Rolex.

Yang lebih mengejutkan, dia juga menghadiahkan anaknya sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam.

“Ini Je Mama Mampu..”

“Maafkan mama, ini je mama mampu bagi untuk anak mama. RM1 juta sahaja mama habiskan untuk birthday kali ini.

“Semua keinginan Yaya mama dah penuhi setiap hari jadi bila birthday Yaya, mama dah tak tahu nak bagi apa.

“Mama harap dengan pemberian tidak seberapa ini, anak mama happy,” tulisnya pada video berkenaan.

Sengaja Buat Lupa Birthday Anak Kerana Mahu Memberi Kejutan

Kongsi wanita itu lagi, dia sengaja berpura-pura tidak mengingati tarikh istimewa itu kerana mahu membuat kejutan kepada anaknya.

“Mama sengaja buat-buat lupa masa birthday dia sebab mama dah plan buat semua ini.

“Masa birthday dia dua kali dia datang dan tunggu mama wish, tapi mama buat tak tahu je, sorry sayang,” tulisnya lagi.

@farhanazahra91

Selamat ulang tahun Yaya yang ke 11 tahun, besar da anak mama, semoga cita-cita untuk menjadi business women berjaya menjadi kenyataan 🥺 #farhanazahra91 #farhanazahra #cikna

♬ original sound – Farhana Zahra – Farhana Zahra

Tonton video penuh [DI SINI]

Turut Beri Hadiah Kepada Bekas Pemandu Anak

Apa yang turut menjadi perhatian, usahawan itu bukan hanya memberi kejutan kepada anaknya malah bekas pemandu anaknya turut mendapat kejutan.

Dia menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz berwarna merah kepada individu berkenaan.

“Terima kasih sebab dah jadi pemandu yang sangat berjasa selama dua tahun. Semoga dia dapat jadi technician yang berjaya.

“Semoga hadiah tak seberapa ini dapat menjadi manfaat untuknya,” tulisnya pada video berkenaan.

@farhanazahra91

Begini rasanya bila kita dapat buat orang happy ! Menangis cikna tengok video ni 😭😭😭 #farhanazahra91 #farhanazahra #cikna

♬ original sound – Farhana Zahra – Farhana Zahra

Tonton video penuh [DI SINI]

Sekadar info, Cik Na sebelum ini pernah tular kerana menghadiahkan kereta mewah Mercedes Benz G Wagon kepada anak keduanya sekitar dua tahun lalu.

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi Lihat Usahawan Berhabis RM1 Juta

Video yang telah mendapat lebih 1.7 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri melihat usahawan berkenaan berhabis RM1 juta ketika ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-11 tahun.

Ada yang teruja dengan hadiah yang bernilai RM1 juta itu serta akan melakukan perkara sama sekiranya dikurniakan rezeki serupa.

Namun ramai juga yang berpendapat usahawan berkenaan seolah-olah mahu menunjuk kepada umum terutama apabila memberitahu jumlah wang yang telah dihabiskan.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Anak Orang Kaya, Emak Dia Kerja Keras Nak Bagi Anak-Anak Senang, Kalau Kita Dekat Tempat Dia Pun Macam-Macam Kita Buat Untuk Anak”

image is not available

“Nak Berhabis Untuk Siapa Lagi Kan? Mesti La Untuk Anak, Kalau Aku Kaya Pun, Aku Bagi Macam-Macam Dekat Anak”

image is not available

“Alhamdulillah Rezeki Anak, Anak Saya Cuma Dapat Chiller Je”

image is not available

“Maaf Ya Bukan Jealous Tapi Tak Perlu Bagitahu Nilai Berapa Habiskan Untuk Birthday Kali Ini”

image is not available

“RM10 Pun Kalau Ikhlas Dari Hati Seorang Ibu Lagi Bermakna”

image is not available

Source: