“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah

22 Oct 2024 • 5:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menyifatkan tugas pembayaran bil serta perbelanjaan rumah adalah tanggungjawab semua lelaki. 
 

Tanggungjawab lelaki

Menurut Haris atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, lelaki yang sudah berkahwin perlu menjaga nafkah yang sepatutnya diberikan.

"Secara mudahnya, itu adalah tanggungjawab semua lelaki bukan saya seorang sahaja. 

"Semua lelaki yang sudah berkahwin kena jaga nafkah yang perlu kita bagi. Itu adalah wajib," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi baju jenama Kita & Co by Mimpi Kita yang berlangsung di TRX, Kuala Lumpur, pada Isnin.

 

Perkara wajib

Bagaimanapun kata Haris, tiada apa yang perlu dibanggakan tentang sesuatu perkara yang wajib dilakukan. 

"Sama seperti solat. Mungkin akan ada isteri yang berkata suaminya solat lima waktu. Bagi saya perkara itu bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan kerana semua umat Islam wajib solat," katanya.

 

Haris berkata demikian bagi menjawab tentang video podcast tular isterinya, Neelofa yang mendedahkan bahawa dia tidak pernah membayar semua bil sejak berkahwin. 

Menurut Neelofa, suaminya melarang dia membeli barang-barang keperluan rumah menggunakan duitnya sendiri kerana itu adalah tanggungjawab seorang suami.
 

Malah Haris akan bertanya tentang bil jika ternampak Neelofa membeli barang keperluan rumah tanpa pengetahuannya.

Terdahulu, disebabkan pendedahan Neelofa, ramai netizen yang mengidolakan Haris dan berharap agar pasangan mereka juga akan memiliki sifat bertanggungjawab sama seperti Haris.