
Terkini! Jabatan Peguam Negara menerusi satu kenyataan media mengesahkan akan mendakwa beberapa suspek yang dikaitkan dengan kes buli pelajar, Allahyarham Zara Qairina.
Dalam kenyataan media bertarikh 18 Ogos 2025, AGC memaklumkan keputusan itu dibuat selepas meneliti kertas siasatan yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berdasarkan keterangan yang ada.
Pertuduhan tidak ganggu prosiding nkues
Jelasnya, keputusan untuk menuduh suspek dalam kes ini tidak akan mengganggu proses inkues yang akan berjalan.

Lapor Buletin TV3, lima remaja bawah umur itu akan dituduh di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, Rabu ini. Semua yang didakwa berusia bawah 18 tahun.
Pssttt! Ohmedia berharap agar keadilan dapat ditegakkan secepat mungkin dan tragedi ini menjadi pengajaran supaya kes buli tidak lagi dipandang ringan.
Kredit: Jabatan Peguam Negara | Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.
