Jack Miller Kekal Bersama Prima Pramac Yamaha MotoGP Musim 2026

5 Sep 2025 • 9:55 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available


Prima Pramac Yamaha MotoGP Team mengesahkan pembaharuan kontrak Jack Miller sebagai pelumba rasmi Yamaha bagi musim 2026.

Miller, yang kembali semula ke skuad Pramac pada 2025 selepas bersama pasukan ini dari 2018 hingga 2020, telah memainkan peranan penting dalam pembangunan jentera YZR-M1. Antara pencapaiannya ialah kedudukan terbaik tempat ke-5 di Grand Prix of the Americas, Austin. Ketika rehat musim panas, beliau turut menyumbang kepada kejayaan Yamaha Factory Racing menamatkan Suzuka 8 Hours di tempat ke-2.

Dengan kontrak ini, Miller akan bergandingan dengan juara dunia Superbike dua kali dan pendahulu semasa WorldSBK, Toprak Razgatlıoğlu, sebagai barisan pelumba 2026.

Dalam masa sama, pasukan turut merakamkan penghargaan kepada Miguel Oliveira yang telah menunjukkan profesionalisme tinggi sepanjang musim sulung Yamaha ini, meskipun terjejas akibat kecederaan yang memaksanya terlepas empat perlumbaan. Pihak pasukan mendoakan kejayaan buat Oliveira dalam cabaran seterusnya.