Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Jika ditanya kepada individu sebab mengapa mereka mahu menurunkan berat badan, ramai yang memberi jawapan mahu sihat atau nampak lebih cantik.
Namun berbeza dengan seorang wanita ini apabila tujuan utama dia menurunkan berat badan adalah kerana anak.
Wanita Turunkan Berat Badan Kerana Anak, Turut Kongsi Perjalanan Kuruskan Badan
Perkara itu dikongsikan oleh seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak dalam satu hantaran di Threads.
Menerusi perkongsian terbabit, wanita yang dikenali sebagai Athirah itu berkongsi perjalanan dan faktor utama dia memilih untuk menguruskan badan.
Kongsi Athirah, sebab utama dia mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan adalah demi anak kesayangannya.
Malah melalui perkongsian sama, dia turut berkongsi video senaman yang dilakukan antaranya seperti berjalan di atas walking pad serta berjoging di luar kawasan rumah demi mendapatkan berat badan yang ideal.
Lebih menyentuh hati, terdapat paparan yang menunjukan Athirah turut sama berlari ketika merakam gambar anaknya yang memasuki acara 4 X 100 meter di sekolah.
“I love you kakak, my firstborn and of course adik too. Salah satu sebab ibu berusaha untuk kurus dan sihat adalah sebab anak-anak ibu.
“Semalam (10 Ogos) ada Kejohanan Sukan Ubudiyyah, anak saya masuk acara 4x100m. Saya pulak berlari dekat tepi sambil rakam dia berlari.
“Kalau saya masih 90 kilogram (kg) macam dulu, belum tentu saya mampu rakam momen berharga ni sambil saya sendiri perlu berlari laju untuk keep up dengan dia,” tulisnya.
View on Threads
Berjaya Turunkan 25 Kg Dalam Masa 9 Bulan, Badan Berat Buat Si Ibu Malas Main Dengan Anak
Kongsi Athirah kepada BuzzKini, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 25 kg hanya dalam masa 9 bulan menjadi 65 kg malah sedang mensasarkan untuk mencapai 50kg.
Tambahnya, badan yang berat menyebabkan dia berasa malas untuk bermain dengan anak.
Situasi itu kadangkala menyebabkan Athirah berasa sedih dan merasakan dia tidak dapat menjadi ibu yang baik.
Namun segalanya telah berubah malah anak Athirah yang dikenali sebagai Aleesha turut gembira dengan perubahannya itu.
“Bila dah kurus, dia (anak) happy. Waktu ambil sekolah, kawan-kawan cakap, ‘cantiklah ibu awak Aleesha’.
“Selama gemuk ini mana pernah kawan dia cakap macam ini, jadi anak saya sangat happy,” kongsinya.
Warganet Teruja & Kagum Lihat Perubahan Si Ibu, Turut Minta Tips Kurus Dari Athirah
Perkongsian yang telah mendapat lebih 80,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berasa teruja dan kagum dengan perkongsian yang dikongsikan oleh Athirah.
Malah, ada juga yang menjadikan kisahnya itu sebagai inspirasi dan faktor yang mendorong mereka untuk turut sama berubah.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Inspirasi Untuk Saya Menjadi Healthy Mom”
![Image from: Jadi Inspirasi Para Ibu, Ramai Teruja Wanita Berjaya Turun 25 Kg Berat Badan Demi Anak [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/wanita-turunkan-berat-badan-demi-anak_netizen_5.jpg)
“Saya Pinjam Semangat Akak Demi Anak Saya Juga”
![Image from: Jadi Inspirasi Para Ibu, Ramai Teruja Wanita Berjaya Turun 25 Kg Berat Badan Demi Anak [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/wanita-turunkan-berat-badan-demi-anak_netizen_4.jpg)
“Tahniah Sis! Sedar Awal. Saya Sedar Anak Dah Remaja Tapi Sekarang Bila Keluar Dengan Anak-Anak Diorang Ingatkan Saya Kakak Bukan Mak”
![Image from: Jadi Inspirasi Para Ibu, Ramai Teruja Wanita Berjaya Turun 25 Kg Berat Badan Demi Anak [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/wanita-turunkan-berat-badan-demi-anak_netizen_1.jpg)
“Yes, Anak Saya Dah Pandai Swimming Jadi Saya Sebagai Ibu Yang Tak Pandai Swimming Ni Belajar Sampai Pandai Nak Belajar Berenang”
![Image from: Jadi Inspirasi Para Ibu, Ramai Teruja Wanita Berjaya Turun 25 Kg Berat Badan Demi Anak [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/wanita-turunkan-berat-badan-demi-anak_netizen_2.jpg)
“Betul, Masa Gemuk Fikir Nak Kurus Nak Sihat Untuk Kebaikan Diri & Anak, Bila Dah Dapat Turun Ke Normal BMI Syukur Sangat”
![Image from: Jadi Inspirasi Para Ibu, Ramai Teruja Wanita Berjaya Turun 25 Kg Berat Badan Demi Anak [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/wanita-turunkan-berat-badan-demi-anak_netizen_3.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Nekad Turunkan Berat Badan Selepas Majlis Perkahwinan Dibatalkan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Hadkan Makan Pukul 7 Pagi Hingga 3 Petang Bantu Turunkan Berat Badan – Kajian






