Sebab utama kenapa semua kena kurus – Penumpang KTM

Health & FitnessLifestyle
10 Aug 2026 • 2:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sebab utama kenapa semua kena kurus – Penumpang KTM

PETALING JAYA – “Sebab utama kenapa semua orang perlu kurus? Supaya dalam pengangkutan awam, tak perlu ambil dua tempat duduk.”

Itu penjelasan seorang wanita tentang kepentingan orang ramai untuk menurunkan berat badan iaitu untuk mengelakkan daripada terpaksa mengambil dua tempat duduk ketika menggunakan pengangkutan awam.

Menerusi media sosial individu itu mendakwa, terpaksa berdiri sepanjang perjalanan menaiki tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), gara-gara terdapat penumpang lain menggunakan dua tempat duduk atas faktor saiz badan.

“Sedih kena berdiri sepanjang dalam KTM sebab ada orang ambil dua tempat duduk. Salah saya sebab cakap kurus, hanya sihat.

“Kurus kalau boleh, tapi sihat adalah perkataan sebenar yang saya maksudkan. Maaf dan saya bukan berniat untuk memalukan sesiapa di sini,” luahnya.

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi orang ramai, namun mengejutkan apabila golongan berbadan besar turut tampil di ruangan komen untuk berkongsi pengalaman.

“Sebagai orang gemuk memang saya akan berdiri, kecuali betul-betul kosong sebab tahu akan menyusahkan orang,” komen @Berryzerose.

“Ni betul. Selagi dua-dua bahagian tak kosong, memang saya tak akan duduk. Dua jam pun, dua jam la asalkan tak buat orang lain tak selesa,” ujar @Dktmacaronn.

“Walaupun berlaga paha pun kita dah tak yakin fikir badan gemuk susahkan orang. Dalam masa sama tak selesa berlaga badan dengan orang lain. Insya-Allah, perlahan-lahan jaga makan,” kata @Knitttyy. – KOSMO! ONLINE

The post Sebab utama kenapa semua kena kurus – Penumpang KTM appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved