Jadual Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama SDEA Negeri Johor 2026

LocalFamily & Parenting
10 Oct 2026 • 11:42 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menduduki Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) 2026 di Negeri Johor bertulis boleh membuat semakan jadual peperiksaan SDEA yang bakal berlangsung pada 23 hingga 26 November 2026.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai peperiksaan ini.

Mengenai SDEA

SDEA ialah Sijil Darjah Enam Agama yang merupakan peperiksaan khas untuk murid-murid di Sekolah Agama Kerajaan Johor di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Peperiksaan ini bertujuan untuk menilai dan menguji pengetahuan murid dalam subjek-subjek agama di peringkat rendah.

Untuk pengetahan, selain UPKK terdapat penilaian yang dilaksanakan di peringkat negeri yang berbeza dengan amalan kebangsaan.

Misalnya di Selangor, pelajar aliran sekolah agama menduduki peperiksaan dikenali sebagai Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang diduduki murid Tahun Enam. PSRA adalah peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS).

Di Johor, peperiksaan untuk sekolah agamanya dikenali sebagai Sijil Darjah Enam Agama (SDEA), di Perak ia dinamakan Sijil Rendah Agama Islam Negeri Perak (SRAI) dan di Wilayah Persekutuan pula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA).

Secara keseluruhannya, walaupun mempunyai kepelbagaian bentuk nama penilaian namun objektif masih menuju ke matlamat yang sama iaitu menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan dan hafazan Al-Quran, Bahasa Arab, Pendidikan Jawi, Amali Solat serta Amali Cara Hidup Islam.

Subjek Peperiksaan

Antara subjek bagi peperiksaan ini adalah seperti berikut:

  • Akhlak dan Tasawuf
  • Sirah
  • Tajwid
  • Lughatul Arabiah
  • Muamalat, Munakahat, Jinayat
  • Ibadat dan Faraid
  • Tafsir Al-Quran dan Hadith
  • Tauhid

Tarikh Peperiksaan SDEA 2026

Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama Sekolah Agama Kerajaan Johor secara bertulis bagi sesi persekolahan tahun 2026 berlangsung pada tarikh berikut:

Hari & TarikhSubjekMasa
Isnin, 23 November 2026Ibadat dan Faraid2.30-4.00 petang
Isnin, 23 November 2026Tajwid5.00-6.30 petang
Selasa, 24 November 2026Tauhid2.30-4.00 petang
Selasa, 24 November 2026Akhlak dan Tasawuf5.00-6.30 petang
Rabu, 25 November 2026Tafsir Al-Quran dan Hadith2.30-4.00 petang
Rabu, 25 November 2026Sirah5.00-6.30 petang
Khamis, 26 November 2026Muamalat, Munakahat, Jinayat2.30-4.00 petang
Khamis, 26 November 2026Lughatul Arabiah5.00-6.30 petang
    Image from: Jadual Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama SDEA Negeri Johor 2026
    Image from: Jadual Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama SDEA Negeri Johor 2026
    Image from: Jadual Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama SDEA Negeri Johor 2026

    Takwim Peperiksaan Tahun 2026

    Lembaga Peperiksaan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah mengeluarkan Takwim Peperiksaan bagi tahun 2026 dengan ketetapan berikut:

    Image from: Jadual Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama SDEA Negeri Johor 2026

    Semakan Keputusan SDEA

    Semakan keputusan boleh dibuat apabila tarikh yang akan diumumkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

    Untuk menyemak keputusan peperiksaan ini, semakan keputusan boleh dibuat https://jainj.johor.gov.my/keputusan-peperiksaan/.

    Soalan Lazim

    Apakah yang dimaksudkan dengan peperiksaan SDEA?

    Peperiksaan ini merujuk kepada Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

    Apakah tujuan peperiksaan ini dijalankan?

    Peperiksaan ini dijalankan untuk menilai dan menguji pengetahuan murid dalam subjek-subjek agama di peringkat rendah.

    Bilakah tarikh peperiksaan bertulis ini akan berlangsung untuk tahun 2026?

    Peperiksaan ini akan berlangsung pada 23-26 November 2026.

    Apakah subjek yang berkaitan dengan peperiksaan ini?

    Subjek yang berkaitan adalah seperti berikut:
    – Akhlak dan Tasawuf
    – Sirah
    – Tajwid
    – Lughatul Arabiah
    – Muamalat, Munakahat, Jinayat
    – Ibadat dan Faraid
    – Tafsir Al-Quran dan Hadith
    – Tauhid

    Bagaimanakah cara untuk membuat semakan keputusan peperiksaan ini?

    Semakan keputusan peperiksan ini boleh dibuat menerusi pautan https://jainj.johor.gov.my/keputusan-peperiksaan/.

    Info Lanjut

    Untuk sebarang maklumat lanjut dan info terkini, sila layari Facebook Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

    Baca juga: Jadual STAM 2026 – Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia

      Newswav Malaysia Best News App

      Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

      Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved