Jaguh politik DAP letak jawatan

LocalPolitics
31 Aug 2026 • 4:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jaguh politik DAP letak jawatan

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ahli DAP, berkuat kuasa hari ini.

Dalam hantaran terbaharunya menerusi Facebook, beliau berkata, keputusan itu telah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Setiausaha Pengelola Kebangsaan DAP, Khoo Poay Tiong.

“Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menyumbang kepada parti dan negara dalam pelbagai cara sejak menyertai parti itu pada 2012, sebagai Ahli Parlimen Serdang (2013 hingga 2018) dan Ahli Parlimen Bangi (2018 hingga 2022), Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2018 hingga 2020), ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (2019 hingga 2022) dan ahli Jawatankuasa DAP Negeri Selangor (2018 hingga 2024).

“Saya tidak bercadang untuk menyertai parti politik lain dalam masa terdekat dan tidak akan bertanding sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Kian Ming berkata, beliau akan terus berkhidmat demi kepentingan negara melalui pendekatan lain. – Bernama

The post Jaguh politik DAP letak jawatan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved