JAINJ Cekup Pasangan Berkhalwat Bersama Bayi 4 Bulan Di Kluang

12 Oct 2026 • 4:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 17

Tindakan sepasang lelaki dan wanita berkurung di sebuah rumah teres di daerah ini memakan diri apabila mereka ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana disyaki berkhalwat, kelmarin.

Dalam serbuan pada jam 12.05 tengah malam itu, pihak berkuasa turut menemukan seorang bayi berusia empat bulan di dalam kediaman berkenaan.

Menurut kenyataan JAINJ, serbuan dilakukan sejurus menerima aduan awam berhubung perbuatan mencurigakan pasangan terbabit di rumah teres yang disewa oleh wanita berkenaan, yang berusia lingkungan 30-an.

Artikel berkaitan: Sering Bagi Alasan OT, Isteri Orang Kantoi Berkhalwat Dengan Warga Asing

Artikel berkaitan: Duda & Janda Dicekup Berkhalwat Dalam Bas, Alasan Nak Berehat Lepas Makan

images 1 1

Sebaik tiba di lokasi, pihak penguat kuasa mendapati pintu rumah tertutup rapi manakala pagar dalam keadaan berkunci.

“Selepas pintu diketuk, seorang lelaki memakai baju-T dan berseluar panjang membukanya. Penguat kuasa kemudian memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa sebelum menjalankan pemeriksaan.

Apabila ditanya tinggal bersama siapa, lelaki berusia lingkungan 30-an itu terdiam sebelum memaklumkan dia tinggal bersama bakal isterinya,” katanya.

Hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah berkenaan menemukan seorang wanita yang memakai baju-T lengan panjang serta kain skirt labuh bersama seorang bayi yang sedang tidur di atas toto berhampiran dengannya.

“Apabila ditanya mengenai ibu dan bapa bayi itu, wanita terbabit memaklumkan bayi berkenaan ialah anak tidak sah tarafnya.

Lelaki itu kemudian mengakui bertanggungjawab sehingga wanita berkenaan melahirkan bayi terbabit di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini,” jelasnya.

Soal siasat mendapati lelaki terbabit berstatus bujang dan kedua-dua mereka bekerja di daerah Kluang. Lelaki berkenaan memberi alasan datang ke rumah wanita itu pada jam 10 malam untuk menghantar makanan.

Kedua-dua pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 27 dan Seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 berkaitan kesalahan khalwat dan zina untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved