Lelaki bujang hanya berseluar dalam, khalwat dengan bini orang

1 Oct 2026 • 1:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki bujang hanya berseluar dalam, khalwat dengan bini orang

KLUANG – Seorang lelaki bujang dan pasangannya yang masih merupakan isteri orang dicekup dalam keadaan mengaibkan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di Simpang Renggam, dekat sini semalam.

Lebih mengejutkan, dalam kejadian pada pukul 1.40 pagi itu, ketika lelaki berusia 29 tahun dan pasangan berusia 44 tahun itu ditahan, dua anak wanita terbabit turut berada di dalam rumah.

Menurut JAINJ, sebaik tiba di rumah itu, penguat kuasa mendapati, keadaan rumah terang seorang wanita berseluar panjang serta berbaju-T berada di luar rumah sambil bermain permainan di telefon bimbit.

“Penguat kuasa kemudian memperkenalkan diri dan meminta izin untuk masuk ke rumah bagi melakukan pemeriksaan. Ketika masuk ke rumah, penguat kuasa mendapati seorang wanita sedang berbaring di tilam sambil bermain telefon bimbit.

“Wanita itu memakai kain batik dan baju berlengan panjang. Di sebelah wanita itu terdapat sebuah bilik yang tertutup dan berkunci daripada dalam. Penguat kuasa bertanya siapa di dalam bilik dan wanita itu memaklumkan, ibunya sedang tidur,” katanya.

Katanya, seorang wanita yang berbaju tidur membuka pintu bilik lima minit selepas diketuk.

“Keadaan dalam bilik gelap dan penguat kuasa menggunakan lampu suluh untuk membuat pemeriksaan. Suluhan lampu diarahkan kepada seorang lelaki yang sedang duduk di atas katil dan hanya memakai seluar dalam.

“Apabila suis lampu dibuka, lelaki itu bangun dan mengambil tuala lalu memakainya. Hasil soal siasat mendapati, pasangan terbabit bukan suami isteri dan kedua-duanya kelihatan cemas selepas ditahan,” katanya.

Katanya, lelaki terbabit masih bujang selain berasal dari negeri lain dan bekerja di sini.

“Wanita tersebut pula masih berstatus isteri orang dan bekerja di Simpang Renggam. Apabila ditanya mengenai suaminya, wanita itu memaklumkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak lebih setahun lalu.

“Namun, hasil semakan mengesahkan wanita berkenaan masih belum bercerai. Daripada maklumat yang diperoleh, rumah lelaki terbabit terletak kira-kira 10 kilometer dari kediaman wanita itu dan dia datang dengan menunggang motosikal,” katanya.

JAINJ berkata, pihaknya turut hairan apabila anak-anak wanita terbabit yang tinggal bersama di rumah berkenaan tidak menunjukkan reaksi terkejut apabila ibu mereka ditangkap bersama lelaki lain.

The post Lelaki bujang hanya berseluar dalam, khalwat dengan bini orang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved