JAIS Tangguhkan Semua Ceramah & Kuliah Ustaz Don?

24 Jun 2024 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Nama Ustaz Don sekali lagi mendapat perhatian apabila tular surat daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di media sosial yang menyatakan penangguhan terhadap ceramah pendakwah popular itu. 

Segala Ceramah Ditangguhkan?

Menerusi surat bertarikh 21 Jun tersebut, difahamkan segala ceramah atau kuliah membabitkan semua agensi dan institusi masjid, surau serta musala di negeri Selangor hendaklah ditangguhkan. 

"Sebarang perubahan berkaitan penangguhan ini akan dimaklumkan semula..

Surat berkenaan turut dapat dilihat ditandatangani oleh Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, di mana ia memaklumkan penangguhan itu melibatkan semua program yang telah pun mendapat persetujuan awal untuk dilaksanakan dan termasuk sebarang program yang sedang di peringkat perancangan.

"Sebarang perubahan berkaitan penangguhan ini akan dimaklumkan semula," menurut surat yang tular itu.

Bagaimanapun, menurut sumber kesahihan surat berikut masih lagi belum dapat disahkan. 

Terdahulu, media melaporkan RTM menamatkan khidmat Ustaz Don sebagai pengacara program Salam Baitullah selepas beliau mengulangi perbuatan ingkar arahan penerbit dan tidak patuh skrip.

Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman dilaporkan berkata, sebagai pengacara, Ustaz Don sepatutnya patuh kepada skrip dan tidak memetik mana-mana kitab atau hadis ketika bersiaran.

Sumber: Sinar Harian