Tular Notis Dari JAIS, Ustaz Don Ditangguhkan Untuk Buat Ceramah & Kuliah Di Selangor?

Entertainment
24 Jun 2024 • 10:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sekali lagi menjadi perhatian susulan tular notis penangguhan ceramah dan kuliah dipercayai dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Memetik laporan dari Harian Metro, notis yang bertanda tangan Pengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan yang penangguhan tersebut merangkumi semua agensi dan institusi masjid, surau serta musollah di Selangor membabitkan penceramah tersebut.

“Sehubungan dengan itu, sebarang program ceramah/kuliah membabitkan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di semua agensi dan institusi masjid, surau serta musolla di Negeri Selangor hendaklah ditangguhkan.

“Penangguhan membabitkan semua program yang telahpun mendapat persetujuan awal untuk dilaksanakan dan termasuk sebarang program yang sedang di peringkat perancangan.

“Sebarang perubahan berkaitan penangguhan ini akan dimaklumkan semula,” kata notis berkenaan.

image is not available

Menerusi sumber mStar, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad memaklumkan kepada media bahawa pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berkaitan isu terbabit dalam masa terdekat.

Nama Ustaz Don mula hangat diperkatakan selepas beliau berkongsi kisah percintaan pertama Nabi Muhammad SAW yang didakwa berdasarkan hadis palsu.

Beliau kemudian ditamatkan khidmat sebagai pengacara program Salam Baitullah selepas didakwa mengingkari arahan penerbit dan tidak patuh skrip.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.