JAKIM lapor MCMC! Drama ‘Madu Atau Racun’ dipersoal, dakwa ada elemen bercanggah

LocalEntertainment
2 Sep 2026 • 4:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tayangan drama ‘Madu Atau Racun’ kini menjadi perhatian selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kandungan drama berkenaan.

Dakwa drama ada elemen bercanggah

Menerusi kenyataan dikeluarkan, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee mendakwa drama tersebut mengandungi elemen hubungan sesama jantina yang disifatkan bercanggah dengan nilai agama, budaya serta fitrah insan.

“JAKIM menyokong penuh ketegasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan yang menolak penayangan drama ‘Madu atau Racun’ kerana ia telah menimbulkan keresahan awam.
“Ketegasan ini adalah amat wajar kerana kandungan drama yang disiarkan melalui platform iQIYI tersebut mengandungi elemen yang bercanggah dengan nilai agama, budaya serta fitrah insan,” katanya.

Akan bekerjasama dengan FINAS tangani isu ini

Sebelum ini, Zulkifli turut menyatakan pihaknya menolak tayangan drama berkenaan dan memandang serius penerapan elemen yang menyentuh sensitiviti agama serta norma budaya tempatan sama ada secara tersurat atau sebaliknya.

Menurut Sirajuddin, JAKIM juga akan meneruskan kerjasama dengan agensi berkaitan termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi menangani isu tersebut.

“JAKIM memantau rapat isu ini berpandukan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam (JAKIM Bil. 4/2015),” ujarnya.

Image from: JAKIM lapor MCMC! Drama ‘Madu Atau Racun’ dipersoal, dakwa ada elemen bercanggah

Drama yang dibintangi Aliff Aziz, Uqasha Sentise dan Elisya Sandha itu mencetuskan kontroversi susulan beberapa adegan yang didakwa tidak sesuai dengan budaya serta pegangan agama masyarakat.

Selain mempersoalkan penayangannya di platform iQIYI, terdapat juga warganet yang menggesa supaya drama berkenaan ditarik balik.

Sumber: Facebook Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved