JAKIM Nafi Lantik Pertubuhan Rohingya Urus Nikah, Dokumen Tular Tak Diiktiraf

15 Jul 2026 • 5:26 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan bahawa pihaknya atau mana-mana Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) pernah melantik sebuah pertubuhan untuk menguruskan atau memperakukan urusan pernikahan seperti yang tular di media sosial.

Dokumen bukan yang diiktiraf

Menerusi satu kenyataan, JAKIM memaklumkan semakan yang dijalankan mendapati dokumen berkenaan bukan dokumen rasmi yang diiktiraf atau dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa agama Islam di Malaysia.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mahu pun Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri tidak pernah melantik pertubuhan yang dinyatakan ini untuk menguruskan atau memperakukan urusan pernikahan,” jelasnya.

https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/posts/pfbid0e96dT7RUni1DiLEThGHL1FoTLPpefy3XP5xgyprzd5jsb2tqVwCLqTApqWZguyM2l

JAKIM turut menegaskan bahawa orang ramai tidak seharusnya mempercayai atau menggunakan dokumen tersebut kerana ia tidak mempunyai pengiktirafan daripada pihak berkuasa agama.

“Semakan mendapati dokumen tersebut bukan merupakan dokumen yang diiktiraf atau dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa agama Islam di Malaysia. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai dan menggunakan dokumen berkenaan,” ujarnya.

Sehubungan itu, JAKIM menggesa masyarakat supaya sentiasa membuat semakan dengan pihak berkuasa agama yang berkaitan sebelum mempercayai sebarang dokumen berkaitan urusan agama Islam yang diragui kesahihannya.

“JAKIM menggesa orang ramai supaya sentiasa membuat semakan dengan JAKIM atau Majlis /Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebelum mempercayai sebarang dokumen berkaitan urusan agama Islam yang diragui kesahihannya,”

Image from: JAKIM Nafi Lantik Pertubuhan Rohingya Urus Nikah, Dokumen Tular Tak Diiktiraf

Sumber: Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 

The post JAKIM Nafi Lantik Pertubuhan Rohingya Urus Nikah, Dokumen Tular Tak Diiktiraf appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved