Sijil nikah Rohingya: Jakim, JAIN tidak pernah lantik Majlis Ulama Rohingya urus pernikahan

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 5:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sijil nikah Rohingya: Jakim, JAIN tidak pernah lantik Majlis Ulama Rohingya urus pernikahan
Jakim menegaskan pihaknya mahupun JAIN tidak pernah melantik Majlis Ulama Rohingya untuk menguruskan atau memperakukan urusan pernikahan.
Image from: Sijil nikah Rohingya: Jakim, JAIN tidak pernah lantik Majlis Ulama Rohingya urus pernikahan
Tular sijil nikah Rohingya yang didakwa mempunyai kod Jakim.

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya mahupun majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) tidak pernah melantik Majlis Ulama Rohingya untuk menguruskan atau memperakukan urusan pernikahan.

Menerusi kenyataan, Jakim memaklumkan semakan mendapati dokumen surat perakuan nikah yang tular bukan merupakan dokumen diiktiraf atau dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa agama Islam di Malaysia.

"Oleh itu, orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai dan menggunakan dokumen berkenaan," katanya pada Rabu.

**media[3583312]**

Justeru, Jakim menggesa orang ramai supaya sentiasa membuat semakan dengan pihaknya dan JAIN sebelum mempercayai sebarang dokumen berkaitan urusan agama Islam yang diragui.

Sebelum ini, tular di media sosial sekeping surat perakuan pernikahan yang didakwa dikeluarkan oleh Majlis Ulama Rohingya Malaysia, memaparkan kod "JAKIM.PERH/LN.800-7(5)", sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kaitan kod berkenaan dengan Jakim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan ketika ditemui media memaklumkan pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved