
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan pihaknya, termasuk Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), tidak pernah melantik mana-mana pertubuhan untuk menguruskan atau memperakukan urusan pernikahan membabitkan dokumen sijil nikah Rohingya yang tular.
Dalam kenyataan, JAKIM memaklumkan hasil semakan mendapati dokumen berkenaan bukan merupakan dokumen yang diiktiraf atau dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa agama Islam di Malaysia.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menggunakan dokumen tersebut bagi tujuan berkaitan urusan pernikahan.
Baca juga:
‘256 warga asing Network School Forest City guna Pas Lawatan Sosial’ – KP Imigresen
‘Suami saya bukan penjenayah!’- Wanita Orang Asli dakwa suami ditahan
Kes hak cipta plat MADANI: Mahkamah arah JPJ bayar RM40,000 kepada Hasan Azhari
JAKIM turut menggesa masyarakat supaya membuat semakan dengan pihaknya atau Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri terlebih dahulu sekiranya menerima sebarang dokumen berkaitan urusan agama Islam yang diragui kesahihannya.
Menurut JAKIM, semakan dengan saluran rasmi penting bagi memastikan segala urusan berkaitan perkahwinan Islam di Malaysia mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa agama.
The post JAKIM nafi iktiraf sijil nikah Rohingya, dokumen bukan keluaran pihak berkuasa agama appeared first on The Reporter.






