Jakim Zahir Rasa Dukacita, Akan Panggil Individu Sertai Pertandingan Ratu Cantik Transgender Di Bangkok

LocalPolitics
2 Sep 2026 • 9:45 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Jakim Zahir Rasa Dukacita, Akan Panggil Individu Sertai Pertandingan Ratu Cantik Transgender Di Bangkok

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular di media sosial video ucapan seorang individu dari Malaysia yang dipercayai peserta Miss Equality World 2026.

Apa yang menjadi perhatian adalah ucapannya yang berkisahkan tentang komuniti transgender dengan menyebut mengenai penubuhan rumah perlindungan komuniti tersebut di Pulau Pinang.

Ucapan itu nyata menarik perhatian ramai termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan serta Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr. Mohd Sukki Othman.

View on Threads

JAKIM Akan Panggil Individu Dipercayai Sertai Program Transgender

Semalam (1 September), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Islam negeri serta agensi berkaitan untuk memanggil individu yang menyertai pertandingan Miss Equality World 2026 di Bangkok, Thailand.

Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, penglibatan peserta dari Malaysia dalam program terbabit amat mendukacitakan serta menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Tegasnya, perlakuan songsang itu jelas bertentangan dengan nilai agama dan fitrah manusia selain turut bercanggah dengan perundangan negara.

“Jakim dan pihak berkuasa agama Islam negeri tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha untuk menormalisasikan perlakuan ini.

“Berpandukan undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa, Jakim akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri serta agensi berkaitan untuk memanggil individu berkenaan,” katanya.

Penyertaan Individu Dalam Pertandingan Ratu Cantik Transgender Cemar Imej Malaysia – Menteri Agama

Sebelum ini, Zulkifli mengecam penyertaan individu terbabit dalam pertandingan tersebut.

Dia turut menyifatkan tindakan tersebut bukan sahaja mencemarkan imej Malaysia di mata dunia malah bertentangan dengan ajaran Islam, norma budaya tempatan serta nilai kesopanan dan kesusilaan yang menjadi pegangan rakyat Malaysia.

Tambah Zulkifli, perbuatan menyerupai jantina yang berlawanan (tasyabbuh) serta mempromosikan gaya hidup transgender adalah haram serta dilarang mengikut undang-undang syariah di negeri-negeri.

Miss Equality World 2026 Bukan Berlangsung Di Pulau Pinang – Mufti Pulau Pinang

Terdahulu, Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr. Mohd Sukki Othman turut tampil memberi penjelasan selepas tular dakwaan penganjuran program tersebut di Pulau Pinang.

Jelas beliau, hasil semakan terhadap maklumat rasmi yang dibuat oleh penganjur mendapati acara tersebut telah berlangsung pada 22 sehingga 30 Ogos lalu di Bangkok, Thailand.

Difahamkan, penganjur turut menyenaraikan seorang individu sebagai peserta yang membawa nama Malaysia.

Namun jelas beliau, ia tidak bermaksud peserta terbabit adalah wakil rasmi Kerajaan.

“Pembetulan ini penting. Islam menuntut kita berlaku adil terhadap fakta sekalipun terhadap perkara yang kita tentang,” katanya yang dipetik dari Malaysia Gazette.

Rasulullah Laknat lelaki Yang Menyerupai Wanita & Wanita Yang Menyerupai Lelaki – Mufti Pulau Pinang

Mohd Sukki turut memberi ulasan lanjut mengenai perkara tersebut dan menjelaskan Islam mempunyai pendirian jelas mengenai seseorang yang sengaja menyerupai atau mengubah dirinya menjadi jantina yang berlawanan.

Malah, beliau turut memetik hadis Ibn Abbas yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.

“Ini berbeza dengan khunsa atau intersex, yang melibatkan keadaan biologi tertentu dan memerlukan penilaian pakar bagi menentukan jantina sebenar.

“Justeru, bagi seseorang yang telah jelas jantina biologinya, tindakan sengaja menukar jantina atau membina identiti sebagai jantina yang berlawanan adalah bercanggah dengan syariat,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: “Kita Tidak Hanya Mahu Tangkap Tapi.. ” – Menteri Agama Buka Mulut Isu Transgender

Baca Artikel Berkaitan: Transgender Pertama Didakwa Di Kelantan Kerana Tukar Jantina

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved