
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui semalam (27 April) 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Negeri Sembilan telah mengumumkan menarik semula sokongan atas kerajaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Susulan daripada pengumuman itu, 5 ADUN dari Perikatan Nasional turut memaklumkan bersedia untuk bekerjasama demi menjamin kestabilan kerajaan negeri serta kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri bagi membangunkan Negeri Sembilan.
Rentetan daripada perkara itu, Aminuddin Harun memaklumkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan beliau untuk terus mentadbir sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook dalam sidang media yang sama menegaskan DAP tidak akan menyokong mana-mana usaha kerajaan tebuk atap.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: 14 Adun UMNO Umum Hilang Kepercayaan, Tarik Sokongan Terhadap MB Negeri Sembilan
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Kerajaan N9: 5 ADUN PN Sedia Kerjasama & Beri Sokongan Kepada UMNO [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tuanku Titah Saya Teruskan Tadbir Sebagai Menteri Besar, Kerajaan Negeri Berfungsi Seperti Biasa – Aminuddin Harun
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Negeri Sembilan: Anwar Ibrahim Dedah Kemungkinan Tiada PRN
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Krisis N9: Anwar Sudah Menghadap Yang di-Pertuan Besar, Aminuddin Kekal Jalankan Tugas MB
14 ADUN tarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Aminuddin Harun bukan usaha ‘tebuk atap’
Terbaharu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengatakan tindakan 14 ADUN menarik sokongan terbabit bukanlah usaha ‘tebuk atap’, tetapi ia merupakan langkah mempertahankan prinsip parti.
Kata beliau istilah ‘tebuk atap’ itu tidak terpakai kerana UMNO telah pun berada dalam kerajaan negeri bersama dengan parti gabungan.
Menurut beliau, sekiranya ingin melakukan usaha ‘tebuk atap’ ia telah lama dilakukan sejak dari awal.
“Kalau kita nak ‘tebuk atap’, dari awal lagi kita boleh lakukan berdasarkan jumlah kerusi yang ada. Tetapi ini bukan isunya. Kita sudah berada dalam kerajaan, tiada sebab untuk berbuat demikian.
“Yang kita buat sekarang ini ialah kerana untuk memastikan Kerajaan Negeri Sembilan boleh diurus dan boleh berjalan dengan baik, dan lebih stabil.
“Kenapa untuk kita tebuk atap? Orang yang nak tebuk atap ni dari segi pembangkang nak masuk kerajaan. Itu tebuk atap. Jadi Anthony Loke kena faham apa maksud tebuk atap,” ujarnya, lapor Kosmo.
4 Exco Kerajaan Negeri Sembilan wakili UMNO kosongkan pejabat serta pulang aset kerajaan
Sementara itu, empat ADUN UMNO yang membarisi exco kerajaan telah mengemaskan pejabat masing-masing.
Bukan hanya itu empat exco itu juga turut memulangkan aset kerajaan dan ia termasuklah dengan kenderaan rasmi.
Kata Jalaluddin keputusan untuk memulangkan semua aset kerajaan itu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada hari ini (28 April) dilakukan ekoran 14 ADUN yang juga dari Barisan Nasional telah memaklumkan hilang kepercayaan serta tarik sokongan terhadap Aminuddin sebagai Menteri Besar negeri terbabit.
“Apabila saya umumkan tidak lagi memberi kepercayaan kepada Menteri Besar dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri, secara automatik jawatan saya sebagai EXCO gugur. Hari ini, saya arahkan semua EXCO mewakili UMNO menyerahkan segala kemudahan termasuk kenderaan rasmi kepada kerajaan negeri,” ujarnya, lapor Berita Harian.
Empat exco berkenaan ialah:
- Jalaluddin Alias (ADUN Pertang) – sebagai Exco Kanan Jawatankuasa Kemajuan Desa, Perladangan dan Komiditi serta Jawatankuasa Pertanian, Keterjaminan Makaka dan Kos Sara Hidup
- Datuk Ismail Lasim (ADUN Seri Menanti) – Exco Pendidikan dan Modal Insan
- Datuk Mustapha Nagood (ADUN Palong) – Exco Pembangunan Belia dan Sukan
- Datuk Mohd Faizal Ramli (ADUN Linggi) – Exco Warisan, Teknologi, Inovasi, dan Digital






