Jalan Ampang Hilir cecah 308, tertinggi di Kuala Lumpur

LocalEnvironment
8 Oct 2026 • 5:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jalan Ampang Hilir cecah 308, tertinggi di Kuala Lumpur

PETALING JAYA: Jalan Ampang Hilir mencatat bacaan paling tinggi, 308, pada indeks kualiti udara IQAir di Kuala Lumpur.

Berdasarkan data masa nyata IQAir, bacaan di Jalan Ampang Hilir itu merupakan yang tertinggi berbanding sembilan lagi stesen pemantauan di ibu negara setakat 2 petang tadi

Jalan Pinggir menduduki tempat kedua dengan bacaan 259, diikuti Bangsar (242), Herculife Bukit Damansara (229), Jalan Kiara 4 (227) dan 39-17, Jalan Setia Bakti (226).

Turut merekodkan bacaan tinggi ialah IQAIR MALAYSIA-EZIS dengan 226, IGB International School (210), Cheras (175) dan Batu Muda (167).

Bacaan AQI⁺ US antara 301 hingga 500 dikategorikan sebagai berbahaya, manakala 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat.

Keadaan itu menunjukkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur merekodkan bacaan kualiti udara pada tahap yang membimbangkan, khususnya Jalan Ampang Hilir yang melepasi paras 300. – UTUSAN

The post Jalan Ampang Hilir cecah 308, tertinggi di Kuala Lumpur appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved