Jalan raya teruk juga punca kemalangan

LocalCars
18 Aug 2026 • 8:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jalan raya teruk juga punca kemalangan
Masalah jalan berlubang juga menjadi salah satu punca berlakunya kemalangan. Foto hiasan

JAWATANKUASA Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya melaporkan sebanyak 6,537 nyawa terkorban akibat nahas jalan raya pada tahun lalu iaitu bersamaan kira-kira 18 nyawa setiap hari.

Lebih membimbangkan, penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang kira-kira 66 peratus daripada keseluruhan kematian, meskipun motosikal hanya mewakili 14 peratus jumlah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan.

Ini bermakna hampir dua daripada setiap tiga kematian di jalan raya membabitkan penunggang atau pembonceng motosikal.

Sementara itu, kerugian sosioekonomi akibat kematian jalan raya pada tahun lalu dianggarkan sekitar RM30 bilion, berdasarkan pendekatan Value of Statistical Life (VOSL).

Jadi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mempengerusikan jawatankuasa itu menetapkan sasaran untuk mengurangkan kematian akibat nahas jalan raya, terutamanya membabitkan pengguna motosikal, sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2030.

Menurut Ahmad Zahid, kerajaan tidak lagi boleh bergantung kepada pendekatan biasa, sebaliknya intervensi perlu lebih bersasar kepada kumpulan berisiko tinggi serta menangani faktor lain seperti keselamatan infrastruktur, kesihatan, pendidikan, penguatkuasaan dan perancangan bandar secara lebih menyeluruh.

Justeru, jawatankuasa itu turut bersetuju untuk mewujudkan Program Rangka Kerja Keselamatan Jalan Raya (SAFERO) yang akan memanfaatkan kepakaran industri dalam pemanduan defensif, pengurusan keletihan serta pemantauan tingkah laku pemandu bagi meningkatkan kompetensi dan profesionalisme pemandu kenderaan berat.

Akhbar ini menyambut baik pelbagai usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya kerana impak perkara itu amat besar kepada negara dan keluarga mangsa yang terlibat.

Namun antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian ialah tentang kualiti jalan raya. Masalah jalan berlubang juga menjadi salah satu punca berlakunya kemalangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved