Jalani prosedur di IJN, pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 10:42 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadual berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini ditangguhkan ke 27 Ogos depan selepas beliau dilaporkan mengalami masalah kesihatan, lapor Astro Awani.

Peguam belanya, Datuk Amer Hamzah Arshad berkata, walaupun pihak pendakwaan sudah memfailkan pertuduhan, proses membacakan pertuduhan dan merekodkan pengakuan tidak dapat diteruskan kerana anak guamnya sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Meskipun pihak pendakwaan telah mendaftarkan pertuduhan, namun ia tidak dapat dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan susulan anak guamnya itu kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN),” katanya.
Image from: Jalani prosedur di IJN, pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos

Foto arkib: Utusan

Beliau turut memaklumkan bahawa Ismail Sabri dijadual menjalani prosedur pemasangan alat perentak jantung (pacemaker) pada petang ini.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan berkenaan sepatutnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada jam 9 pagi.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bera itu dijangka didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu pengisytiharan harta.

SPRM sebelum ini mengumumkan rampasan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta penyitaan 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.

Rampasan itu dibuat hasil serbuan di beberapa lokasi termasuk kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan “rumah selamat”, susulan siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan beliau yang ditahan pada Februari 2025 atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Sumber: Astro Awani (Faida Rahim)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved