Jalil Hamid Meninggal Dunia Dalam Tidur, Anak Kongsi Detik Akhir Arwah

LocalEntertainment
4 May 2026 • 2:39 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Industri hiburan tanah air sekali lagi diselubungi suasana pilu apabila pelakon veteran, Jalil Hamid disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.

Memetik laporan Xtra, berita sedih ini dikongsikan oleh anaknya, Afiqah Jalil yang memaklumkan detik akhir pemergian arwah berlaku dalam keadaan cukup tenang di rumah.

Pergi dalam tidur selepas subuh

Image from: Jalil Hamid Meninggal Dunia Dalam Tidur, Anak Kongsi Detik Akhir Arwah

Menurut Afiqah, arwah bapanya tertidur selepas menunaikan solat subuh. Sekitar jam 12.30 tengah hari, ibunya memeriksa keadaan ayah dan mendapati arwah sudah meninggal dunia.

Selepas solat Subuh, ayah tertidur. Kemudian sekitar jam 12.30 tengah hari tadi, ibu pergi periksa ayah dan didapati ayah sudah tiada.

Ahli keluarga arwah memohon orang ramai mendoakan semoga urusan arwah dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

jalil hamid

Jenazah dijangka akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan USJ 21.

Pssttt! Perginya seorang legenda seni seperti Jalil Hamid pasti meninggalkan kesan mendalam kepada peminat dan rakan industri. Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan segala urusan dipermudahkan. Al-Fatihah.

Kredit: Xtra
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Jalil Hamid Meninggal Dunia Dalam Tidur, Anak Kongsi Detik Akhir Arwah appeared first on Oh! Media.