Jam Tangan Huawei Watch Ultimate Antara Tarikan Menarik Di Pameran DRT Show 2024

TechnologyDigital
8 Feb 2024 • 5:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pameran DRT Show 2024 berlangsung meriah dengan kehadiran pengunjung khususnya peminat menyelam, yang juga boleh melihat secara dekat inovasi terkini yang ada. Antara yang menarik perhatian tentunya jam tangan Huawei Watch Ultimate yang juga direka untuk menyelam di lautan dalam.

image is not available

Ia boleh dibawa menyelam sehingga kedalaman 100 meter. Selain juga ditambah baik lagi dengan Diving Mode dan Free Diving Mode berasaskan profesional Buhlmann yang mesra digunakan oleh penyelam baharu serta veteran. Ketahanannya juga dipertingkatkan dengan kaca nilai yang digunakan pada muka dan bezel pula daripada bahan seramik. Sekaligus boleh menjadi penanda aras baharu dari segi kualiti dan fungsi dalam merevolusikan teknologi menyelam.

image is not available

Sebagai jam tangan pintar, ia juga tidak terlepas dari menawarkan ciri kesihatan dan kecergasan standard yang termasuk ECG. Di samping kemampuan GPS terbina yang menyokong sistem berganda bagi memastikan ketepatan. Huawei Watch Ultimate sedia dijual di Malaysia pada RM3,799 melalui pengedar sah di seluruh Malaysia.