Jambatan Sungai Johor selamat selepas dilanggar kapal

3 Sep 2026 • 11:28 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Jambatan Sungai Johor selamat selepas dilanggar kapal

Jambatan Sungai Johor di Telok Sengat, Kota Tinggi disahkan selamat dilalui selepas dilanggar kapal hanyut petang semalam. SDEB pantau struktur jambatan.

KOTA TINGGI: Jambatan Sungai Johor di Telok Sengat di sini selamat dilalui semua pengguna jalan raya, menurut Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB).

SDEB dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil tindakan segera dengan menjalankan pemeriksaan dan penilaian terhadap keadaan struktur jambatan itu susulan insiden sebuah kapal hanyut dan melanggar struktur jambatan berkenaan kira-kira 2.30 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan oleh pasukan teknikal mendapati struktur jambatan berada dalam keadaan selamat dan boleh dilalui seperti biasa. Kapal terbabit juga telah dialihkan pada 3.16 petang tadi,” menurut kenyataan itu.

SDEB memaklumkan pihaknya sentiasa memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan dan akan terus memantau keadaan struktur jambatan berkenaan dari semasa ke semasa bagi menjamin keselamatan pengguna lebuh raya.

“Bagaimanapun, pengguna dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan mengikuti sebarang arahan keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, beberapa foto kejadian itu tular di laman Facebook, dengan dakwaan jambatan berkenaan tidak selamat dilalui dan ditutup sementara, sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna lebuh raya berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved