
SEOUL: Pelakon, Jang Dong Yoon, 34, mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan pelakon, Kim Seung Yun, 28.
Lapor portal Osen, pasangan itu bakal disatukan dalam majlis kecil-kecilan yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat, Oktober ini.
Dikhabarkan pasangan tersebut mula rapat sejak bekerjasama dalam sebuah projek drama.
Bagaimanapun mereka berupaya merahsiakan hubungan istimewa tersebut termasuk daripada pengetahuan rakan terdekat selepas lima tahun bersama.
Dong Yong kemudian mengesahkan berita itu menerusi surat kepada peminatnya di Instagram.
Menerusi surat tersebut, beliau memaklumkan telah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan berkenaan.
Berita perkahwinan itu turut disahkan agensinya, BH Entertainment. – UTUSAN
The post Jang Dong Yoon, Kim Seung Yun bakal berkahwin appeared first on Utusan Malaysia.






