'Cukuplah seseorang yang setia’ – Tarikh cantik 10.10 pilihan Bella Astillah & Syed Saddiq untuk disatukan, Menara Merdeka 118 jadi lokasi bersejarah

LocalEntertainment
19 Aug 2026 • 5:04 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Cukuplah seseorang yang setia’ – Tarikh cantik 10.10 pilihan Bella Astillah & Syed Saddiq untuk disatukan, Menara Merdeka 118 jadi lokasi bersejarah

Desas-desus mengenai tarikh pernikahan dua personaliti popular ini akhirnya terjawab apabila pelakon dan penyanyi cantik, Bella Astillah bersama tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan bakal disatukan sebagai suami isteri tidak lama lagi.

Lebih menarik, pasangan romantis ini memilih tarikh cantik iaitu 10 Oktober depan (10.10) bagi meraikan hari bahagia mereka. Majlis pernikahan yang bakal diukir indah dalam lipatan sejarah itu akan berlangsung di bangunan kedua tertinggi di dunia, Menara Merdeka 118.

Pengumuman yang dinanti-nantikan itu dibuat menerusi sesi siaran langsung program popular, MeLETOP. Syed Saddiq memaklumkan bahawa majlis bernuansa serba putih bersulamkan elemen Arab itu bakal mencatatkan kenangan manis tersendiri di Tingkat 118 bangunan berkenaan.

Image from: 'Cukuplah seseorang yang setia’ – Tarikh cantik 10.10 pilihan Bella Astillah & Syed Saddiq untuk disatukan, Menara Merdeka 118 jadi lokasi bersejarah

"Nikah pada 10 Oktober dan sanding di Kuala Lumpur, Muar dan Sabah pada bulan sama. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Menara Merdeka 118 kerana beri keizinan untuk kami bernikah di sana.

"Ini akan menjadi majlis pernikahan pertama yang diadakan di Tingkat 118," ujarnya.

Menerusi satu perkongsian lain di akaun Instagram miliknya pada Rabu, Syed Saddiq turut memuat naik sepotong video manis bersama Bella dengan ruangan kapsyen tertera ringkas, '10.10'.

Petikan ucapan romantik antara mereka dalam video berkenaan turut mencuri perhatian ramai. Syed Saddiq meluahkan bahawa setiap orang sering mencari kesempurnaan dalam diri seseorang untuk dijadikan pasangan, lalu dibalas Bella bahawa dia tidak mencari yang sempurna, cukuplah seseorang yang setia sampai bila-bila.

Image from: 'Cukuplah seseorang yang setia’ – Tarikh cantik 10.10 pilihan Bella Astillah & Syed Saddiq untuk disatukan, Menara Merdeka 118 jadi lokasi bersejarah

"Setiap orang sering mencari kesempurnaan dalam diri seseorang untuk dijadikan pasangan," ungkap Saddiq.

"Saya tidak mencari yang sempurna… Cukuplah seseorang yang setia, sampai bila-bila." balas Bella.

Saddiq turut menegaskan, "Saya tak berani menjanjikan hidup tanpa susah, tapi saya berjanji saya takkan mudah menyerah pada kita, selamanya," sebelum disahut lembut oleh Bella, "Itu sudah cukup."

Pasangan yang kelihatan padan dan anggun mengenakan busana tradisional Melayu rona putih itu turut menitipkan harapan penuh bermakna tentang cinta, kesetiaan, serta komitmen dalam membina bahtera kehidupan bersama.

Image from: 'Cukuplah seseorang yang setia’ – Tarikh cantik 10.10 pilihan Bella Astillah & Syed Saddiq untuk disatukan, Menara Merdeka 118 jadi lokasi bersejarah

Keseluruhan konsep dekorasi majlis dan pilihan busana mereka juga difahamkan berinspirasikan tema Arab serta kenangan sewaktu menunaikan umrah.

Untuk rekod, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah sah bertunang dengan Syed Saddiq dalam sebuah majlis sederhana di Kuala Lumpur pada 28 Mac lalu.

Sebelum ini, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz pada tahun 2016 sebelum bercerai kali kedua secara rasmi pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan lalu, Bella dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 9, dan Ara Adreanna, 6.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved