‘Jangan berulang dipatuk ular sama di lubang yang sama’

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 5:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Jangan berulang dipatuk ular sama di lubang yang sama’

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO Kelantan terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik sekiranya ia melibatkan kepentingan agama, rakyat dan negeri itu selain mengukuhkan parti.

Bagaimanapun kata Ketua Wanita UMNO Pasir Puteh, Marshela Ali, kerjasama itu perlu disertai keikhlasan dan dibuktikan menerusi tindakan, bukan sekadar retorik mengenai kesepakatan dan perpaduan.

“Perbincangan mesti bermula dengan keikhlasan. Kalau kita kata, kita ikhlas, maka keikhlasan itu mesti dibuktikan dengan tindakan. Jangan di hadapan bercakap tentang kesepakatan dan perpaduan, tetapi apabila berpaling, kita kembali bermuka-muka.

“Kalau benar mahu pemuafakatan, jangan sekadar bercakap. Buktikan dengan tindakan. Kalau mahu bekerjasama, bekerjasamalah dengan ikhlas,” katanya.

Padangan itu disuarakan Marshela semasa semasa sesi perbahasan Pergerakan Wanita UMNO di Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Menurut Marshela, pemuafakatan yang tidak berteraskan keikhlasan hanya akan menjadi satu lagi slogan politik yang sia-sia.

Katanya, Wanita UMNO mempunyai prinsip jelas dalam menentukan sebarang bentuk kerjasama atau keputusan politik.

“Setiap keputusan mesti memberi keuntungan kepada parti, bukan keuntungan jangka pendek atau kemenangan palsu yang akhirnya merugikan perjuangan.

“Jangan menang sorak, kampung tergadai. Jangan menang secupak, rugi segantang. Jangan berulang dipatuk ular yang sama di lubang yang sama,” katanya.

Beliau berkata, setiap rundingan perlu dilakukan dengan penuh kebijaksanaan dan mengambil kira kepentingan jangka panjang parti.

“Rundinglah dengan kebijaksanaan, buat keputusan dengan pertimbangan akal yang waras dan akhirnya kepada Allah SWT jua kita memohon petunjuk serta ilham,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Jangan berulang dipatuk ular sama di lubang yang sama’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved