Jangan Hasilkan Karya Demi Keuntungan Hingga Ketepikan Maruah Bangsa Dan Agama - Dr Mohd Izhar Ariff

LocalEntertainment
2 Sep 2026 • 3:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Jangan Hasilkan Karya Demi Keuntungan Hingga Ketepikan Maruah Bangsa Dan Agama - Dr Mohd Izhar Ariff

Penggiat industri drama termasuk penerbit dan pelakon disaran melakukan muhasabah diri serta lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan karya agar tidak mengutamakan keuntungan semata-mata sehingga mengetepikan maruah bangsa dan agama.

Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, penggiat industri perlu memikirkan kesan setiap karya yang dihasilkan terhadap masyarakat, khususnya generasi akan datang.

Menurut beliau, karya yang memaparkan perlakuan tidak wajar secara berterusan dikhuatiri boleh menyebabkan masyarakat, terutama generasi muda, menganggap perkara berkenaan sebagai sesuatu yang biasa.

"Duit bukan segala-galanya. Hari ini, kita hasilkan lakonan yang menjatuhkan maruah kita dan umat Islam. Percaya tak? Satu hari nanti generasi kita akan terbiasa dengan perbuatan yang kita lakonkan ini," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum itu, Mohd Izhar Ariff turut berkongsi hantaran berkaitan dua drama tempatan, termasuk sebuah drama yang menjadi perbualan di media sosial kerana dikhuatiri mengandungi unsur yang dianggap keterlaluan.

Jelasnya, keadaan sedemikian sememangnya tidak diingini berlaku kepada generasi akan datang.

"Saya yakin semua tak nak termasuklah para pelakon. Nauzubillah," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan penerbit dan pelakon supaya lebih berhati-hati serta bertanggungjawab dalam menghasilkan karya hiburan yang tidak membawa kesan buruk kepada masyarakat.

Baca juga:

"Jadi, jangan hasilkan karya yang merugikan bangsa dan agama," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved