‘Jangan Ketepikan Hak Rakyat’, Penduduk Di Bintulu Berhimpun Untuk Tuntut Tanah

20 Oct 2022 • 4:38 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penduduk di Kampung Jelutong, Jepak berhimpun sambil membawa sepanduk.

‘Jangan Ketepikan Hak Rakyat’, Penduduk Di Bintulu Berhimpun Untuk Tuntut Tanah. Telah tular di laman Facebook di mana penduduk Kampung Jelutong, Jepak melakukan perhimpunan sambil membawa sepanduk.

Menerusi laman Facebook Bintulu News Page, telah tular satu perkongsian di mana penduduk Kampung Jelutong berhimpun di kawasan perkampungan tersebut. Difahamkan bahawa, perhimpunan tersebut dilakukan atas dasar tuntutan tanah mereka.

image is not available
‘Jangan Ketepikan Hak Rakyat’, Penduduk Di Bintulu Berhimpun Untuk Tuntut Tanah. Sumber: FB Bintulu News Page

‘Perlukah kami merempat di tanah kami sendiri?’ – luahan penduduk

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian netizen di laman sosial dan telah meraih sebanyak 610 tanda suka dan 48 kongsi di Facebook setakat artikel ini ditulis.

Apabila diperhatikan di sepanduk milik penduduk kampung tersebut, ada yang menyatakan bahawa mereka menyokong pembangunan akan tetapi meminta untuk jangan ketepikan hak rakyat. Mereka juga menyatakan untuk mengadakan perbincangan terhadap peneroka sambil menyoalkan hak mereka.

https://www.facebook.com/BintuluNewsPage/posts/pfbid035E6nSM1ja46kh8f6UuJytNXg7Ayh2yjwxfqwckZ6UgcD9iaK5K3dpr776FNLjEfpl

Kami perlu adakan perbincangan bersama peneroka!! Mana hak kami untuk bersuara???”

Penduduk Kampung Jelutong, Jepak, Bintulu

https://www.facebook.com/100024720143841/videos/pcb.1269415687225757/3389674797919016

Menjengah di ruangan komen pula, ada netizen yang menyokong tindakan penduduk tersebut dan turut bersimpati ke atas mereka.

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

Lagi artikel semasa, anda boleh lihat pautan di bawah: