Henti drama, filem promosi budaya buli - Asyraf Wajdi

LocalMovie
26 Sep 2026 • 8:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Henti drama, filem promosi budaya buli - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, segala bentuk drama dan filem yang mempromosikan budaya buli secara tidak langsung atas alasan memberikan pengajaran kepada penonton perlu dihentikan.

SHAH ALAM - Segala bentuk drama dan filem yang mempromosikan budaya buli secara tidak langsung atas alasan memberikan pengajaran kepada penonton perlu dihentikan kerana dikhuatiri mencetuskan perlakuan ‘copycat’ dalam kalangan anak muda.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kandungan sedemikian dikhuatiri memberi pengaruh negatif terhadap golongan muda.

“Hentikanlah segala bentuk drama atau filem yang mempromosikan buli secara tidak langsung atas nama ‘pengajaran’ yang akhirnya membawa kepada perlakuan ‘copycat’ dalam kalangan anak muda berlagak kapla, taiko, otai dan sebagainya,” katanya menerusi hantaran Threads pada Sabtu.

Pelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahan

Pelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahun

Gesaan itu dibuat susulan kejadian Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, yang ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) pada Jumaat malam.

Mangsa yang berasal dari Gemencheh itu merupakan anak sulung daripada tiga beradik.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved