‘Jangan pandang remeh usaha perkasakan sastera negara’

LocalOpinion
29 May 2025 • 2:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

KENINGAU: Usaha memperkasa dan memartabatkan sastera pada pelbagai peringkat di negara ini tidak boleh dipandang remeh oleh sesiapa, walaupun berhadapan dengan rintangan dan cabaran, kata Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani.

Katanya, meskipun bidang sastera menghadapi cabaran, terutama disebabkan dasar pendidikan negara yang semakin menyisihkan bidang sastera serta mengutamakan sains dan teknologi, ini tidak bermakna sastera harus diabaikan dan dipinggirkan daripada arus perdana pembangunan negara.

“Cabaran sentiasa ada di mana-mana dan merangkumi pelbagai bidang, tidak terkecuali dalam bidang sastera. Tetapi tidak bermakna, sastera perlu diketepikan daripada arus pembangunan negara, kerana sastera juga adalah aset dan komponen penting dalam konteks pemerkasaan ekonomi dan perubahan akal budi bangsa,” kata Jasni.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau berkata demikian selepas memberikan bimbingan penulis kreatif cerpen kepada pemegang taruh sastera, pendidikan dan penulisan kreatif di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau, di salah sebuah hotel terkemuka di sini, baru-baru ini.

Jasni, yang juga Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP) Malaysia berkata, walaupun bidang sastera menghadapi pelbagai ujian tetapi sastera terus tumbuh diperkasakan oleh pelbagai pihak.

“Badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam bidang sastera juga mesti terus aktif menganjurkan pelbagai program, baik pada peringkat institusi pengajian tinggi dan pada peringkat sekolah menengah dan rendah di seluruh negara,” katanya.

Kata Jasni, tidak cukup dengan itu, bidang penerbitan karya sastera juga perlu dimartabatkan pada 2025 dengan lebih banuak judul buku baharu diterbitkan di seluruh negara.

“Hal ini pasti menunjukkan perkembangan sastera terus melonjak tinggi meskipun selalu berhadapan dengan jalan sukar. Pada tahun lalu sahaja, badan Bahasa sendiri menerbitkan 24 judul buku ahlinya.

“Dijangka jumlah itu akan meningkat lagi tahun ini,” kata Jasni.