Jangan sebar gambar mangsa, suspek bawah umur

5 Oct 2026 • 3:24 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jangan sebar gambar mangsa, suspek bawah umur

PETALING JAYA: Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan maklumat atau gambar membabitkan mangsa dan suspek kes bunuh di sebuah sekolah di Yong Peng semalam memandangkan mereka masih di bawah umur.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, larangan itu termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

“Perkara seumpama ini susah untuk dikawal tetapi kita kena jangan sebarkan maklumat yang belum disahkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, laporan awal bedah siasat kes kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun itu telah diperoleh.

“Setakat ini tiada individu lain ditahan, kita masih lengkapkan siasatan berkenaan,” jelasnya. – UTUSAN

The post Jangan sebar gambar mangsa, suspek bawah umur appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved