Remaja perempuan 16 tahun maut cedera parah di kepala, badan

4 Oct 2026 • 12:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Remaja perempuan 16 tahun maut cedera parah di kepala, badan

BATU PAHAT: Remaja perempuan berusia 16 tahun yang ditemukan maut di dalam dewan sebuah sekolah di Yong Peng, di sini semalam mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badannya.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, mangsa ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah kira-kira pukul 5.50 petang.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat telah menangkap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di sekitar Yong Peng, di sini pada pukul 7 malam, semalam.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Polis turut merampas telefon bimbit, sepasang pakaian dan sepasang selipar,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Ab. Rahaman, polis masih menyiasat motif dan punca kejadian.

“Suspek kini ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya.-UTUSAN

The post Remaja perempuan 16 tahun maut cedera parah di kepala, badan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved