Mesir buka semula kedutaan di Libya selepas 12 tahun

8 Nov 2026 • 12:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mesir buka semula kedutaan di Libya selepas 12 tahun

TRIPOLI: Mesir membuka semula kedutaannya di ibu negara Libya semalam selepas 12 tahun ditutup, sekali gus menandakan perubahan hubungan diplomatik dengan pentadbiran yang berpangkalan di barat negara itu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Mesir, langkah itu mencerminkan perubahan pendirian Kaherah yang sebelum ini menjadi antara penyokong utama komander tentera berpangkalan di timur Libya, Khalifa Haftar, yang bersaing dengan kerajaan di Tripoli.

Mesir menutup kedutaannya di Tripoli pada 2014 ketika beberapa misi diplomatik asing turut menghentikan operasi susulan konflik yang semakin meruncing di negara itu.

Konflik berkenaan menyaksikan kemunculan dua pentadbiran yang saling bersaing, masing-masing berpangkalan di Tripoli dan wilayah timur Libya.

Dalam majlis pembukaan semula kedutaan itu, Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty, berkata nilai sejarah bangunan berkenaan mencerminkan hubungan kemanusiaan dan kebudayaan yang lama terjalin antara Mesir dengan Libya.

Libya, sebuah negara pengeluar minyak, terus berdepan ketidakstabilan sejak kejatuhan pemerintahan Muammar Gaddafi dalam kebangkitan rakyat pada 2011 yang disokong NATO.

Di Benghazi, timur Libya, terdapat Tentera Nasional Libya (LNA) di bawah pimpinan komander tentera Khalifa Haftar, selain Dewan Perwakilan dan kerajaan pimpinan Osama Hammad.

Sementara itu, di wilayah barat, pentadbiran terdiri daripada Kerajaan Perpaduan Nasional (GNU) yang diiktiraf masyarakat antarabangsa dan diketuai Perdana Menteri Abdulhamid Dbeibah, serta Majlis Tertinggi Negara yang berpangkalan di Tripoli.- AGENSI

The post Mesir buka semula kedutaan di Libya selepas 12 tahun appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved