Jangan tunggu jenayah berlaku! PDRM perlu selangkah di hadapan, pantas bertindak – KPN

LocalPolitics
27 Sep 2026 • 7:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu sentiasa berada selangkah di hadapan penjenayah dengan mengenal pasti risiko lebih awal dan mengambil tindakan sebelum sesuatu kejadian berlaku.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail berkata, pendekatan pencegahan jenayah perlu lebih proaktif dengan memanfaatkan data, risikan, pengalaman di lapangan serta maklumat daripada masyarakat.

“Jangan menunggu jenayah berlaku untuk kita bertindak. Gunakan data fizikal pengalaman di lapangan dan maklumat masyarakat untuk mengenal pasti risiko lebih awal.
“Saya mahu warga PDRM sentiasa selangkah di hadapan penjenayah, tegas dalam penguatkuasaan, pantas dalam tindakan, adil dalam pertimbangan dan mesra ketika berurusan dengan masyarakat,” katanya, hari ini.
Image from: Jangan tunggu jenayah berlaku! PDRM perlu selangkah di hadapan, pantas bertindak – KPN

Kredit Foto: BERNAMA

Jelasnya, usaha pencegahan jenayah tidak seharusnya hanya bergantung kepada operasi penguatkuasaan selepas sesuatu kejadian berlaku, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada faktor risiko dan persekitaran yang berpotensi membuka ruang kepada jenayah.

Kerjasama masyarakat juga penting bagi membantu polis mengenal pasti sebarang aktiviti mencurigakan dan menyalurkan maklumat melalui saluran yang betul.

Image from: Jangan tunggu jenayah berlaku! PDRM perlu selangkah di hadapan, pantas bertindak – KPN

Kredit Foto: UTUSAN/DANIAL SAAD

“Masyarakat bukan sekadar penerima perkhidmatan keselamatan, tetapi merupakan rakan strategik polis.
“Oleh itu, saya ingin menyeru seluruh masyarakat supaya menjadi mata dan telinga kepada polis, kenali persekitaran, peka terhadap perubahan, dan salurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti yang mencurigakan melalui saluran yang betul,” tambahnya.

Sumber: Kosmo! Online (Siti Nor Mas Erah Amran)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved