PDRM perlu selangkah di hadapan penjenayah – KPN

LocalPolitics
27 Sep 2026 • 2:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PDRM perlu selangkah di hadapan penjenayah – KPN

SEBERANG PERAI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu sentiasa berada selangkah di hadapan penjenayah dengan mengenal pasti risiko lebih awal dan mengambil tindakan sebelum sesuatu kejadian berlaku.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail berkata, pendekatan pencegahan jenayah perlu lebih proaktif dengan memanfaatkan data, risikan, pengalaman di lapangan serta maklumat daripada masyarakat.

“Jangan menunggu jenayah berlaku untuk kita bertindak. Gunakan data fizikal pengalaman di lapangan dan maklumat masyarakat untuk mengenal pasti risiko lebih awal.

“Saya mahu warga PDRM sentiasa selangkah di hadapan penjenayah, tegas dalam penguatkuasaan, pantas dalam tindakan, adil dalam pertimbangan dan mesra ketika berurusan dengan masyarakat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Majlis Peluncuran Inisiatif Pencegahan Jenayah Whitening The Black Spot – Unite For Safety di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena, di sini, hari ini.

Jelasnya, usaha pencegahan jenayah tidak seharusnya hanya bergantung kepada operasi penguatkuasaan selepas sesuatu kejadian berlaku, sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada faktor risiko dan persekitaran yang berpotensi membuka ruang kepada jenayah.

Katanya, kerjasama masyarakat juga penting bagi membantu polis mengenal pasti sebarang aktiviti mencurigakan dan menyalurkan maklumat melalui saluran yang betul.

“Masyarakat bukan sekadar penerima perkhidmatan keselamatan, tetapi merupakan rakan strategik polis. Oleh itu, saya ingin menyeru seluruh masyarakat supaya menjadi mata dan telinga kepada polis, kenali persekitaran, peka terhadap perubahan, dan salurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti yang mencurigakan melalui saluran yang betul,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

The post PDRM perlu selangkah di hadapan penjenayah – KPN appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved