
PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila mendapati segerombolan anjing berkumpul di hadapan rumahnya ketika mahu keluar bekerja pagi tadi.
Menerusi perkongsian di Threads, wanita menggunakan nama akaun @_guripoca itu memaklumkan kejadian berlaku di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Lebih merisaukan, ketika itu dia perlu keluar bersama dua anaknya yang masih kecil, manakala suaminya sudah terlebih dahulu pergi bekerja.
“Ya Allah, seramnya pagi-pagi kena hadap macam ini. Saya pula hendak pergi kerja dengan ada anak kecil dan bayi. Suami sudah pergi kerja awal pagi lagi. Seram hendak keluar dengan anak-anak,” katanya.
Video yang dikongsikan menunjukkan beberapa ekor anjing berada di atas jalan dan sekitar kawasan perumahan berhampiran kediamannya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya memahami kebimbangan wanita berkenaan terutama apabila perlu keluar bersama anak kecil.
“Buat laporan segera kepada pihak berkuasa tempatan sebelum ada yang jadi mangsa,” komen Tisya.
“Macam ini boleh lapor tak? Risau juga, takkan nak tunggu ada kes baru nak ambil tindakan,” kata Puteri.
“Tempat saya pun macam nilah, siap masuk rumah dan masjid. Kena bertindak segera,” komen Zikry. – KOSMO! ONLINE
The post Buka pintu, terkejut segerombolan anjing liar depan rumah appeared first on Kosmo Online.



![[VIDEO] Terkejut polis patah balik, ingat rumah kena rompak](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-23-at-12.37.00-PM-1024x538.jpeg)


![[VIDEO] Jepun panas… Dara, Amoi, Kelat bersungguh cari tempat teduh](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-22-at-6.45.58-PM-1024x660.jpeg)