
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak di bangku sekolah lagi kita semua sudah diajar untuk menjaga buku teks yang diberikan secara pinjaman oleh kerajaan dengan sebaiknya.
Malah, kita juga diwajibkan untuk membalut buku teks terbabit agar ia sentiasa dalam keadaan terjaga dan boleh digunakan oleh pelajar tahun seterusnya pula.
Selalunya ibu bapa kita lah yang akan membeli pembalut buku dengan menggunakan duit mereka sendiri dan membantu membalut ke semua buku teks bukan?
Tular wanita guna semula plastik terpakai untuk balut buku sekolah anak
Bagaimanapun, ada sesetengah ibu bapa yang kreatif dan mungkin ingin berjimat dengan hanya menggunakan bahan terpakai untuk membalut buku sekolah.
Begitulah dilakukan oleh seorang wanita ini apabila tular videonya di TikTok yang memaparkan dia hanya menggunakan plastik terpakai untuk membalut buku sekolah milik anaknya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @chentaharis93, kelihatan kesemua plastik yang dikumpul dan digunakan semula itu adalah jenis lut sinar, bukannya berwarna.

Plastik masih bersih walaupun berkedut, buku nampak kemas setelah dibalut
Malah, plastik-plastik lama itu juga berada dalam keadaan bersih meskipun sudah berkedut kerana pernah digunakan sebelum ini.
Dalam video terbabit, kelihatan buku yang dibalut dengan plastik terpakai terbabit kelihatan sangat cantik dan kemas.
“Recycle plastik buat pembalut buku sekolah, janji cantik kan?” tulis wanita itu di ruangan kapsyen.
recycle plastik buat pembalut buku sekolah.. janji cantik kan…#sedekahjumat #sedekahsubuh #mohonbantuannyatemanteman #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #fypdongggggggg #tiktokviral #fupシforyou
Ramai puji dan kongsi pengalaman yang dilalui sewaktu sekolah
Tindakan wanita terbabit menggunakan plastik terpakai untuk membalut buku sekolah anaknya mendapat reaksi positif oleh kebanyakan pengguna media sosial di ruangan komen.
Jelas mereka, perkara tersebut bukan hanya dapat menjimatkan wang untuk membeli pembalut buku, malah boleh menjaga alam sekitar dengan mengitar semula plastik terpakai.
Tidak kurang juga sesetengah netizen berkongsi pengalaman yang dilalui mereka sewaktu zaman sekolah dahulu seperti menggunakan kertas minyak dan plastik beras sebagai pembalut buku.





![“Semua Stylish!” – Pelancong Dari Indonesia Terpegun Lihat Gaya Tudung Wanita Di Malaysia [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/women-fashion.jpeg)

